Dah lama tak update blog ni....kesibukkan melanda dan nak jadikan cerita lappy pun buat hal, blank skrin bila 'on' dah lebih sebulan...huhuhu... TP!!! keajiaban berlaku hari Ahad lepas... saya saje je suruh anak 'on' lappy dan biarkan dia 'on' selama lebih kurang 10minit tiba2....skrin tu keluar gambar lambang ACER... Wah!!!! masa tu saya punya suka hati dan saya usap2 lappy ni dan cakap "please...come on baby! I love U" beberapa kali..... then lepas sejam gitu dia 'on' macam biasa... Ya Allah!!! saya bersyukur sangat2, Allah dengar rintihan saya selama ni... Alhamdulillah... saya dah boleh blogging semula.... hooree!!! jimat duitku...
So skrg dah masa utk saya membebel pasal supplement yg dah lama terkandas ni...hehehe...
Pernahkah anda mengalami mirgain?? Saya memang pengidap migrain yang agak kronik semenjak zaman sekolah lagi. Dulu saya peminat tegar nescafe dan mesti minum hari-hari satu tumbler botol air 500ml campur dengan ais kaw kaw... mmm...memang best.. lepas tu berhenti secara drastik..tu yang migrain semakin menjadi-jadi... Tetapi semenjak saya amalkan supplement B complex dan Ostematrix, saya dah kurang diserang migrain..
Jadi mari kita baca tentang migrain ni dan apa pencetusnya... Dan bagaimana Set Migrain dapat membantu mengurangkan serangan migrain...
Apa itu migrain?
Migrain ialah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut berlarutan antara 4 hingga 72 jam hingga boleh mengganggu rutin harian dan tidak mampu bekerja.
Penyebab migrain:-
Menurut kajian, terdapat pelbagai faktor penyebab migrain -
1) Pengembangan dan pengucupan saluran darah menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.
2) Faktor keturunan - jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.
3) Rabun - power mata naik atau menurun.
4) Stress melampau.
5) Tidak cukup rehat/tidur atau terlebih tidur.
6) Mereka yang mempunyai salur darah yang sensitif pada kesan penyejukkan dan membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotin dengan effektif menyebabkan mereka mudah sakit kepala/migrain.
7) Mereka yang mengalami masalah berat badan dan mengamalkan diet yang tidak betul dimana mereka kerap skipmakan atau makan pada waktu yang tidak tetap. Ini menyebabkan kandungan gula dalam darah menurun dan secara tidak langsung menyebabkan saluran darah mengembang dan tercetusnya migrain.
8) Individu yang kerap minum kafein seperti teh, kopi, nescafe, air bergas dan berhenti secara mendadak boleh menyebabkan migrain dimana kafein menyempitkan saluran darah dan apabila berhenti secara mendadak menyebabkan saluran darah mengembang dengan cepat dan tercetusnya migrain.
9) Paras estrogen yang tidak menentu turun naiknya boleh menyebabkan migrain terjadi. Ini berlaku ketika wanita, sebelum, semasa dan selepas haid kerana paras estrogen pada ketika itu tidak menentu.
10) Wanita yang mengambil pil perancang kerana pil perancang mengandungi estrogen. Wanita yang mengalami menopause dan menjalani rawatan HRT (hormone replacement therapy) dimana kaedah ini mengandungi estrogen dan menyebabkan paras estrogen tidak menentu.
Tanda-tanda migrain :-
1) Sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala atau kedua-dua berserta rasa loya.
2) Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas, ia biasanya berlaku 30 minit sebelum migrain menyerang.
3) Cahaya yang teramat terang, bunyi yang bingit dan bising dan bau-bauan yang menusuk boleh mencetuskan migrain berlaku.
*biasanya pengidap migrain akan tahu signal @ tanda permulaan migrain akan menyerang* jadi apa yg saya buat dulu? saya akan makan pain killer sebelum serangan migrain lebih kronik lagi... itu dulu lah.. sekarang tak lagi...
Migrain biasanya dirawat dengan mengambil ubat tahan sakit atau "pain killer". Namun sekiranya migrain yang teruk, pain killer mungkin tidak berkesan lagi.
Jika anda seorang pengidap migrain elakkan makan cheese, coklat, MGS ketika migrain menyerang kerana ia akan menambahkan kesakitan kerana kandungan tyramine atau phenylethylamia menyebabkan saluran darah mengembang seterusnya menyebabkan migrain lebih kronik.
Hah..nampak tak tulisan bold kat atas tu... saya mmg peminat tegar coklat dan cheese...tp mmg betul kalau siapa2 yang ada migrain dan makan banyak 2 benda ni...confirm2 migrain lagi teruk... saya dah kena...
Tapi sekarang bila migrain dah jarang menyerang, aktiviti saya pulak bertambah... saya sekarang mendalami ilmu buat "Cheese cake"... Fuh!!! boleh dikatakan dalam seminggu 3 @ 4 kali buat cheese cake...layer cheese lah... dah ada customer tetap pun... Alhamdulillah...sambil menyelam minum air...hehehe.. Nnt saya share recipe dalam blog ni ye...
Ok berbalik pada kes migrain... apa yang boleh saya suggest ialah supplement Ostematrix dan B complex..
Insya Allah ia berkesan.. Saya dah tinggalkan panadol, aktif 5, ubat migrain dan lain2 pain killer.. Anda bila lagi??
SET MIGRAIN
1) B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu kesihatan fungsi saraf sekaligus mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
2) Ostematrix
Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, mengimbangi tekanan darah, memperbaiki jantung berdebar, impuls saraf, penenang saraf, meringankan stress, menyelesaikan masalah insomnia - tidur lebih selesa, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah.
Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk membantu penyerapan kalsium oleh badan. Tanpa vitamin D, kalsium tidak boleh diserap oleh tubuh dan akan hanya tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...
Tapi harus diingatkan juga.. supplement hanya membantu bukan mengubati secara total. Jadi jangan lah pulak dah ambil supplement, makanan yang tak boleh ambil pun pulun semacam je... Pantang tetap pantang ye...kalau nak makan pun jamah2 je ye...
Oklah...itu saje bebelan saya utk kali ini...
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI
Utk info lanjut:-
Amy id 1073547
Call/sms/whatsapp – 019 7832945 @ 012 9441584
Sebagai customer anda
layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-
~ Khidmat nasihat percuma
diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan
vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana
pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami
adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547
WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA
Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee