Thursday, January 16, 2014

Selenium plus Vitamin E

Dalam entry yang terdahulu, saya dah pernah cerita tentang vitamin E @ panggilan manjanya "Vitamin Cinta"...Dan dalam Vitamin E Shaklee terdapat selenium... So selenium ni sebagai pelengkap untuk menyempurnakan tindakbalas/fungsi vitamin E.

Mari kita jengah sekejap apa kepentingan selenium ni...


Apa itu selenium?

Selenium adalah unsur kimia dgn no 34 dan mempunyai symbol [Se] yang merupakan mineral penting  utk kesihatan yg baik tetapi hanya diperlukan dalam jumlah yg kecil sahaja.

Mineral ini termasuk dalam kelompok zat gizi mikro – ertinya jumlah yang diperlukan oleh tubuh kita amatlah sedikit tetapi memainkan peranan yang besar dalam system biologi tubuh kita dan memberikan sejuta manfaat.

Apabila ianya diambil bersama vitamin E, selenium boleh menghasilkan kesan optimum sebagai antioksida yang berfungsi utk melambatkan pengoksidaan asid lemak tak tepu yang dapat menghalang bahaya radikal bebas (oleh sinaran UV dan asap rokok). Radikal bebas merupakan rangkaian atom yang mempunyai satu @ lebih electron yang tidak berpasangan. Oleh kerana jumlahnya ganjil, maka electron yang tiada pasangan akan bersifat sangat reaktif. Jika jumlahnya sedikit, maka system kita kita boleh meneutralkannya. Radikal bebas juga merupakan agen oksida yang kuat dimana ia boleh merosakan system kekebalan tubuh akibat kerosakan sel.

Selenium juga diperlukan oleh system peranakan, menjaga kesihatan otak, imunisasi badan, fungsi kelenjar tyroid dan membaiki “mood”.

Apalah kaitannya mood dengan selenium ni kan?

Seperti yang kita ketahui, mood kita dikawal oleh otak, dimana hormone dan zat besi berperanan dalam keaktifannya. Dan selenium adalah salah satu mineral yang berperanan menstabilkan otak. Kajian yang dilakukan Wayne Chris Hawkesa pada tahun 1996 telah membuktikan bahawa kekurangan selenium mengakibatkan terjadinya perilaku bĂȘte. Kajian keduanya padatahun 1998 dilakukan terhadap 2 kumpulan manusia selama 15 minggu. Kumpulan pertama diberi diet kaya selenium manakala kumpulan kedua diber diet rendah selenium. Hasil kajian tersebut mendapati kumpulan pertama menunjukkan mood yang baik, lebih ceria, lebih terbuka, mudah menerima dan lebih bersemangat. Manakala kumpulan kedua menunjukkan kemurungan, lebih suka marah, tiada semangat dan berfikiran negative.

Kehebatan selenium terhasil lagi dengan kajian yang dijalankan oleh Margaret Karagar dari Cancer Presentation Research pada 2008 menunjukkan bahawa selenium juga boleh mencegah penyakit jantung dan kanser.

Selenium juga dapat mencegah penuaan awal. Apabila diambil bersama vitamin E, ia dapat memaksimakan fungsinya sebagai awet muda.

Selenium tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Ianya harus diambil melalui pemakanan harian. Keperluan orang dewasa kira2 60mcg sehari. Ibu yang menyusukan bayi perlu 70mcg sehari.

Makanan yang mengandungi selenium –
1) makanan yang tinggi protein seperti ikan laut (terutama ikan tuna), telur, kerang dan daging.
2) Sayuran dan kekacang seperti bawang putih, brokoli, bunga kol, almond, hazelnut, bijirin, jagung, tomato.
3) Makanan fermentasi seperti tempe, tauhu dan yoghurt.

Perlu diingat walaupun selenium kaya manfaat utk tubuh kita, namun ia tidak boleh diambil secara berlebihan (overdos) kerana ia memberikan kesan sampingan seperti keguguran rambut, mual dan muntah. Maka semua pemakanan yang diambil perlu seimbang.

Seperti firman Allah S.W.T “Makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan (Al-A’raf : 31)

Dengan pemgambilan makanan yang seimbang maka badan akan lebih sihat dan ceria.

selenium dan shaklee

selenium dan shaklee

Utk info lanjut:-

Amy ID no :- 1073547
Page FB – please like ~ www.facebook.com/dmagicofvita
Call/sms/whatsapp – 011 11690052 @ 012 9441584

Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-
~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547
WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA

Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee

No comments:

Post a Comment