1) Mind set – buat azam semasa preg lagi untuk susukan bayi anda
sepenuhnya. Ini sangat penting. Jika tiada mind set, biasanya susu akan tiada langsung atau tidak banyak. Ini berlaku terhadap beberapa kawan saya yang tidak mahu menyusukan bayi mereka dan memang susu mereka automatically tiada. Dan ada yang hanya keluar untuk beberapa hari sahaja.. Kesian anak itu.
.
2) Kerap menyusu – Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan dihasilkan. Penyusuan di antara 10 – 12 kali atau lebih dalamtempoh 24 jam akan merangsang hormone prolaktin yang menghasil lebih banyak susu.
3) Amalan petua tradisi – antara petua orang lama yang dipraktikkan oleh semua kaum dan dipercayai boleh membantu banyakkan susu, seperti -
- Ulam-ulaman peria, pegaga, ulam raja dll
- Longan kering – rebus dan minum airnya.
- Kacang tanah – kandungan protein tinggi, zat besi, B complex, vit E, kalsium, asid amino dapat memperbanyakan susu. Cara terbaik makan kacang tanah yang telah dipanggang bersama susu kambing. Jenis kekacang lain juga bagus dimakan seperti badam, walnut, gajus dll.
- Halba dan jintan hitam – rendam selama 15minit dalam air panas. Kemudian tapis dan minum.
- Susu – banyakkan minum susu sebanyak 3 – 4 kali sehari.
- Carrot – kisar halus dan campurkan dengan air suam. Minum 2 kali sehari.
- Lain-lain amalan yang boleh dipraktikkan dan saya sendiri amalkan ialah makan oat, kurma, kismis, roti wholemeal.
4) Minum air secukupnya – selain daripada pemakanan yang seimbang dan berkhasiat, air juga perlu cukup. Digalakkan minum 2 – 3 liter sehari mengikut kaperluan tubuh masing-masing. Selain air putih, minuman berjus juga digalakkan seperti jus oren segar yang berupaya meningkatkan penghasilan susu.
5) Posisi yang betul – dapatkan posisi yang betul ketika menyusukan bayi anda. Paling utama, anda perlu pastikan bayi anda melekap dengan betul. Ini bagi memastikan susu anda keluar dengan lancar dan tidak mencederakan puting.
In Sha Allah.. susu anda akan meriah sekiranya anda amalkan tips yang telah saya berikan seperti diatas. Dan saya juga mengamalkannya hingga kini.
Jangan sia-siakan anugerah yang Allah telah berikan nikmatnya kepada kita. Susu ibu adalah satu nikmat yang tidak terhingga dan tiada susu lain didunia ini yang boleh menggantikan tempatnya. Susu badan lengkap dengan segala nutrient yang diperlukan oleh seorang bayi.
Masih belum terlambat bagi sesiapa yang tengah hamil sekarang ini untuk “set your mind” – untuk susukan bayi anda sepenuhnya dan selama mana yang mungkin, seelok-eloknya secara eksklusif selama 6 bulan pertama dan diteruskan sehingga 2 tahun.
Semoga Allah mempermudahkan usaha anda. Dan semoga apa yang saya kongsikan memberi manfaat kepada ibu-ibu.
Happy Breast Feeding
No comments:
Post a Comment