Sunday, April 6, 2014

Vivix cegah penyakit 3 serangkai

Assalamualaikum...para pembaca blogku..dah pernah dengar tentang penyakit 3 serangkai ni kan? Moh kita story sikit...

Apa itu penyakit 3 serangkai?

Penyakitnya ialah sakit jantung, diabetes dan darah tinggi. Antara penyakit zaman moden yang semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat dunia.

Apa puncanya? Sudah pasti antara puncanya ialah amalan diet seharian.  Masyarakat kini lebih cenderung makan diluar dengan makan fastfood atau instant food, minum minuman bergas dan minuman yang manis dan berlemak dari memasak sendiri di rumah.

Yang mana bekerja tu memang lah tiada masa untuk masak setiap hari, jd weekend je lah ada masanya untuk memasak. Tetapi anda harus pandai memilih makanan yang lebih sesuai untuk diet yang seimbang. Tidak salah untuk makan fastfood dan sebagainya sekali sekala tetapi jangan lah sampai makan setiap hari.
Kandungan lemak, kolesterol, garam dan gula yang tinggi menyebabkan kecenderungan mendapat penyakit 3 serangkai lebih tinggi.

Diet yang tidak seimbang, kurang serat dan kurang berkhasiat ditambah pula dengan gaya hidup yang tidak sihat ( makan lewat malam, lambat tidur, kurang senaman dan merokok), berat badan berlebihan, mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap penyakit 3 serangkai dan berumur 30 tahun ke atas lebih berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini dengan lebih cepat lagi.

Anda perlu ambil langkah pencegahan sebelum penyakit menyerang atau anda seorang yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit 3 serangkai.

1) Lakukan pemeriksaan awal
Penghidap penyakit diabetes di Malaysia semakin meningkat. Malaysia berada di tangga pertama dalam Asia dan ke 10 didunia. Sesuatu yang menyeramkan.. 2.6 juta rakyat Malaysia pesakit diabetes berusia lebih 30 tahun dan separuh dari kalangan mereka tidak sedar yang mereka mempunyai diabetes. Oleh itu, jika anda berisiko tinggi disarankan buatlah pemeriksaan awal dan berjadual bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

2) Amalkan diet yang seimbang
- Makan banyak buah-buahan dan sayuran (8 – 10 hidangan sehari) dan diikuti dengan diet rendah lemak.
- Ambil  3 hidangan produk tenusu sehari boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
- Pengambilan lemah harus dikurangkan terutama lemak tepu seperti mentega dapat mengurangkan kolesterol berlebihan dalam darah sekaligus boleh mencegah penyakit jantung.
- Akhir sekali, kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman dan begitu juga pengambilan garam perlu dikurangkan. Memasak sendiri lebih baik dari makan di luar kerana anda sendiri boleh mengawal paras gula dan garam dalam masakan.

3) Lakukan senaman dan aktiviti.
- Sekurang-kurangnya ambil masa untuk bersenam secara ringan dan sederhana selama 30 – 45m 3 kali seminggu.
- Senaman yang berbentuk aerobatic seperti berlari, berenang, berbasikal dan skipping pula merupakan cara terbaik untuk meningkatkan tahap kecerdasan jantung dan paru-paru. Tapi harus diingatkan jika anda ingin lakukan aktiviti ini untuk pertama kali, anda harus lakukan secara berperingkat-peringkat atau sedikit-sedikit dahulu kerana jika dilakukan secara drastic boleh mengakibatkan kecerderaan otot.
- Lakukan juga aktiviti seperti berjalan kaki, berkebun, menyapu laman, mengemas rumah dan menari.

4) Tidur yang mencukupi.
- Ubah gaya hidup anda. Tidur lebih awal dari biasa. Disarankan tidur selama 8 – 9 jam untuk dewasa.
- Tidur yang cukup akan memperbaiki sistem imunisasi badan agar kekal sihat. Semasa tidur, badan kita akan memproses glukosa. Jika tidak cukup tidur, glukosa akan gagal diproses dan berisiko mendapat diabetes.
- Tidur yang mencukupi juga boleh melegakan dari stress dan menjadikan badan lebih segar dan fikiran lebih tenang disamping merendahkan paras kolesterol dan tekanan darah serta mengelakkan berlakunya penyakit jantung.

5) Kawal emosi
- Kawal emosi anda agar tidak stress berpanjangan. Cara mudah mengatasi stress ialah dengan mencari puncanya dan atasi dengan memberi perhatian terhadap permasalahan yang timbul dengan sebaik mungkin.
- Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi stress antaranya banyakkan zikir dan solat bagi yang muslim, rehatkan diri dan minda, melakukan riadah, bercuti, luahkan pada seseorang dll.

Akhir sekali, saya yakin anda mampu lakukan yang terbaik untuk diri anda. Tetapi ada kalanya antara sedar atau tidak kita terlupa dan alpa dengan amalan diet yang tidak sihat akan menjuruskan kita untuk berisiko menghidap penyakit ini.  Oleh itu, saya ingin mengesyorkan pengambilan supplement yang boleh membantu mencegah penyakit 3 serangkai ini.

Vivix Shaklee adalah supplement yang dimaksudkan dapat membantu anda.DAN VIVIX juga untuk awet muda...

Kita ikuti kisah Vivix ini dan...
Bagaimana RESVERATROL membantu pesakit 3 serangkai?

Vivix Shaklee merupakan supplement yang mengandungi kombinasi resevratrol dan phytonutrient dari anggur muscadine, sejenis anggur yang jarang ditemui dan terbaik kerana ianya tumbuh secara semulajadi dan digabungkan dengan 3 lagi bahan hebat iaitu Purple Carrot, Elderberry dan Polygonum Cuspidatum.
Vivix juga kaya dengan polifenol. Polifenol adalah komposisi penting dalam diet manusia dan haiwan. Kebaikkan polifenol adalah menyediakan bantuan terbaik untuk menentang pembentukkan penyakit kronik.

Apa itu RESVERATROL?

Resveratrol adalah antioksidan yang sangat kuat dan berkesan yang dihasilkan oleh tumbuhan. Resveratrol juga merupakan sejenis polifenol yang ditemui dalam wine merah dan bahan aktif ini dapat membantu melindungi jantung. Tetapi resveratrol sebenarnya mempunyai kelebihan bukan sekadar melindungi jantung. Ini dibuktikan oleh Lindsay Brown seorang penyelidik  yang membuktikan resveratrol boleh mencegah kanser, melindungi otak dan jantung dari kerosakkan, melambatkan proses penuaan, anti radang, mengurangkan kadar gula dalam darah dan mengurangkan berat badan. Resveratrol juga dapat dibuktikan boleh mencegah kerosakkan sel-sel badan dan dapat menyingkirkan bahan reaktif oksidan dalam badan dan memperbaiki pengaliran darah. Pengambilan resveratrol dalam dos yang rendah dapat melindungi dan membaiki pada tahap selullar dan jika diambil dalam dos yang tinggi dapat menyekat kanser pada tahap sellular.

Manfaat resveratrol

vivix shaklee

Kajian saintifik terhadap khasiat resveratrol

vivix shaklee

vivix shaklee

vivix shaklee

Ok... rasanya dah panjang lebar story bab 3 serangkai ni.. 
Di harapkan anda berpuas hati dengan pencerahan ini. 

Jika ada sebarang pertanyaan tentang produk atau berminat untuk membuat tempahan produk sila hubungi saya seperti berikut:-

Utk info lanjut:-

Amy id 1073547
Page FB – please like ~ www.facebook.com/dmagicofvita
Call/sms/whatsapp – 011 11690052 @ 012 9441584

Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-

~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547

WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA

Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee
thanks shaklee

No comments:

Post a Comment