Monday, December 30, 2013

Kepentingan air

Apa yang saya nak kongsikan hari ini sangat penting utk kesihatan. 

Waktu terbaik minum air @ terapi air.

1) Pagi selepas bangun dari tidur 

Ketika kita tidur sepanjang malam, kita akan kehilangan cecair dalam badan yang membuatkan kita lemah, lesu dan minda tidak cergas. Oleh minum air putih sebaik sahaja bangun dari tidur dan tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu dapat :-
- mengelakkan anda dari minum air berkafein.
- meningkatkan kadar metabolisma badan.
- minum 2 gelas air putih - melancarkan sistem penghadaman dan sistem pembuangan. Toksik dapat disingkirkan.

2) 30 min sebelum waktu makan

Minum segelas air pada waktu setiap kali makan, ini dapat membantu fungsi sistem pencernaan dan buah pinggang. Bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan bentuk tubuh yang cantik amalan minum air 30 min sebelum makan dapat mengelakkan perut dari membuncit. Dengan amalan ini juga dapat mengelakkan kita dari menjamah makanan dengan lebih banyak kerana kandungan perut kita sudah hampir penuh. #jadi kalau 5kali makan sehari bermakna 5 gelas air diminum sebelum waktu makan#

3) Sebelum mandi

Minum segelas air putih sebelum mandi dapat melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan tekanan darah. #mandi 2 kali sehari#

4) Sebelum tidur

Minum segelas air putih sebelum waktu tidur dapat mencegah stroke dan sakit jantung. Dimana air berfungsi sebagai pelancar dalam pengaliran darah ketika kita tidur.

Jadi jumlah semuanya ialah 10 gelas sehari. Tidak susah nak ikut pun... Cukup untuk sehari..

Seluruh badan kita mengandungi air dan jika kita kekurangan air dalam badan boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik, kenaikkan suhu badan mendadak, tekanan darah tinggi, ketidakhadaman, sisa toksik sukar disingkirkan dan lain-lain.

Bukan sahaja air penting utk kesihatan, mengambilnya mengikut waktu2 tertentu juga terbukti berkesan untuk kita mengekalkan kesihatan bagi jangka masa yang panjang.
Jadi, eloklah kita amalkan supaya dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Nota:- Terapi air ni tidak termasuk air manis ye..


terapi air dan shaklee




Jom kurangkan minum yg manis2...

P/S - setiap 25kg berat badan, 1 liter air putih perlukan. Segelas air bersamaan dengan 250ml.

credit - pelbagai sumber.

Terima Kasih
Amy ID no :- 1073547

No comments:

Post a Comment