Tuesday, December 10, 2013

Kepentingan makanan kesihatan.

Mengapa makanan kesihatan penting kepada kita?

Pemakanan ialah faktor utama untuk mengekalkan tahap kesihatan tubuh manusia. Pengambilan pemakanan yang mencukupi dan seimbang membuatkan seseorang kelihatan sihat dan bertenaga. Sebaliknya kekurangannya akan menyebabkan badan berasa lemah dan tidak bermaya.

 Dari mana datangnya pemakanan tersebut?

Jawapannya ialah makanan semulajadi. Pakar-pakar pemakanan berpendapat bahawa pemakanan yang seimbang boleh diperolehi daripada makanan harian yang seimbang. Makanan yang seimbang itu termasuklah susu,telur, ikan, daging, mentega, bijir-bijiran,sayur-sayuran, buah-buahan, air dan segala tanaman.

Apakah masalah makanan semulajadi ini?

Masalahnya ialah semua pemakanan ini hanyanya dapat diperolehi daripada makanan semulajadi yang berlainan. Tambahan lagi, makanan ini mudah hilang jika disimpan lama, dimasak dan diproses. Selain daripada itu, kerana kesibukan kerja harian, kebanyakan orang mempunyai masa yang terhad untuk menyediakan makanan yang seimbang untuk sesisi keluarga. Oleh itu, ramai yang terpaksa makan diluar dan lumrahnya masakan luar adalah kurang bermutu dari segi khasiat. Disamping itu, udara yang tercemar, tidur tak lena, tekan,merokok, pengambilan arak dan sebagainya juga menyebabkan kita kehilangan zat makanan yang diserap oleh badan. Jelas kelihatan, keinginan untuk memperolehi makan yang seimbang adalah amat sukar, begitu juga dengan usaha memperolehi makanan yang mencukupi, justeru itu,manusia telah menghasilkan makanan kesihatan yang berkhasiat kepada tubuh badan .

 Apakah kelebihan makanan kesihatan/supplement?

Murah - Pemakanan yang ada dalam makanan harian dengan kuantiti atau khasiat yang sama adalah 10 kali ganda lebih mahal.

Mudah - Tidak perlu dimasak dan senang dibawa.

Pengambilan - Sama ada dalam bentuk tablet, serbuk atau cecair, arahan pengambilan telah tercetak pada label pembungkusan.


Pendek kata, pengetahuan tentang pengambilan makanan berkhasiat adalah amat penting dalam kehidupan harian kita demi hidup yang lebih sihat, selesa dan bahagia. ketidakcukupan nutrisi harian menyebabkan banyak gejala penyakit akan berlaku. Justeru itu, pemgambilan makanan kesihatan/supplement adalah amat diperlukan bagi menampung ketidakcukupan nutrisi. Tetapi ini bukan bermakna makanan kesihatan tersebut boleh menggantikan makanan semulajadi anda. Anda tetap memerlukan makanan seimbang dalam diet harian anda seperti rajah dibawah.

Panduan pemakanan yang seimbang:-

kesihatan dan shaklee

Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran
kesihatan dan shaklee
Amy (ID: 1073547)

2 comments: