Bila bercakap tentang bersalin tentu ramai yang rasa takut, cemas dan gelisah lebih2 lagi yang baru 1st time hamil. Walaupun sudah berderet anak, perasaan itu akan datang jugak. Itu tidak boleh dinafikan kerana saya pun sudah melalui sebanyak 4 kali… Pengalaman masa 1st time nak bersalin tu, mmg menyeramkan kerana saya terpaksa harungi proses bersalin tanpa hubby disisi coz bersalin kat hospital kerajaan.. Jadi tiada siapa yang nak tenteramkan kita, nak bagi sokongan… kalau kat kerajaan faham2 je lah kan…tp sekarang suasana di kerajaan dah berbeza dari dulu.. Walaupun tidak seperti layanan di hospital swasta tapi its much better..
Semestinya setiap kelahiran mempunyai cerita tersendiri. Akan tetapi ia tetap melalui fasa2 tertentu dalam proses bersalin secara normal. Terdapat 3 peringkat @ fasa yang perlu dilalui oleh ibu sebelum anaknya dapat melihat dunia..
1) Pembukaan serviks – sebelum proses kelahiran berlaku, proses contraction akan berlaku dimana ia berlaku setiap setengah jam atau lebih dan berlangsung sehingga sekitar seminit. Ia berlaku secara berperingkat2, semakin kuat dan kerap contraction itu berlaku maka semakin hampir proses kelahiran akan bermula dan semakin kuat kesakitan. Pada peringkat ini ketenangan amat penting bagi si ibu dan sokongan dari orang yang berada disekeliling terutama suami. Bagi yang tidak tahan kesakitan, boleh meminta menggunakan gas, epidural atau pethidine untuk mengurangkan kesakitan. Biasanya proses ini mengambil masa yang agak lama 8 – 14 jam bagi kelahiran sulung.
2) Meneran dan kelahiran – apabila serviks sudah terbuka sehingga 10cm, barulah fasa berikutnya bermula, dimana melibatkan proses meneran dan contraction. Dan anda akan merasa kesakitan yang lebih kuat. Pada peringkat permulaan ini, bayi telah bergerak ke pangkal rahim. Apabila kepala bayi telah sampai ke pangkal punggung, dan berhenti di rectum, anda akan merasa seperti ingin membuang air besar jadi anda ingin meneran. Dan pada waktu ini anda harus memberitahu nurse @ doctor bahawa anda rasa sudah tiba waktu untuk meneran.Sewaktu proses meneran, bayi akan membantu dengan kepala mereka dimana apabila kepala bayi sudah mencecah otot pelvis, anda harus mempriktikkan teknik pernafasan yang telah diajar semasa kelas antenatal untuk menolak bayi keluar dari faraj. Apabila kepala bayi sudah muncul di pintu faraj, doctor mungkin akan membuat guntingan kecil yang dipanggil episiotomy (guntingan kecil diantara faraj ke rectum) untuk mempercepatkan proses kelahiran bayi. Ini lah saat yang paling mencabar dan meletihkan. Kemudian keajaiban berlaku … tahniah….bayi anda selamat melihat dunia dan anda kini bergelar ibu… tali pusat pun dipotong. Setelah bayi anda keluar, segala kesakitan akan berhenti dengan segera dan anda akan merasa lega. Kemudian bermulalah fasa yang terakhir.
3) Pengeluaran plasenta – merupakan peringkat terakhir dimana uri dikeluarkan dari rahim. Uri akan tertanggal dari dinding rahim dan selepas kira 10 minit rahim anda akan mula contraction kecil dan anda harus meneran keluar uri tersebut. Bidan atau doctor akan memeriksa dan memastikan tiada uri yang tertinggal didalam rahim. Ini sangat penting, jika ada sisa yang tertinggal, risiko jangkitan dan pendarahan akan berlaku.
Wah!! Sungguh bertuah menjadi seorang wanita yang boleh melahirkan bayi dengan jayanya. Tiada ungkapan yang boleh diucapkan…rasa bertuah, gembira, bangga, teruja, rasa ajaib, rasa tak sangka dan macam2 lagi.. Wanita memang hebat!!
Setelah kemunculan si comel, bermulalah fasa baru dalam kehidupan suami isteri. .. bermulalah tanggungjawab baru…
Emm..jangan lupa ye ibu..anda perlu berpantang. Ianya sangat penting untuk menjamin kesihatan yang baik dimasa akan datang. Dan juga jaga pemakanan dan yang amat penting sekali penjagaan kesihatan dengan pengambilan set bersalin seperti jamu atau produk kesihatan. Tetapi perlu diingat…jika anak anda jaundis, pengambilan jamu harus diberhentikan serta merta. Jika tidak ini akan menimbulkan gangguan kesihatan yang lebih buruk kepada anak anda. Oleh itu pemilihan set bersalin penting… pilihlah yang boleh dimakan walaupun anak anda jaundis.
Sekian perkongsian saya.. jika anda ada sebarang pendapat atau pertanyaan sila tinggalkan di ruangan komen.
Amy ID no :- 1073547
011 11690052/012 9441584
Terima kasih..
No comments:
Post a Comment