Friday, January 31, 2014

G6PD dan Shaklee

Assalamualaikum...

Sharing hari ini tentang G6PD... Memang terkejut bila doktor kata " anak awak ada G6PD Deficiency".. Tidak terkata saya masa tu...tak sangka boleh terjadi pada anak saya.  Pada hal dan seingat saya, dalam keturunan saya tiada seorang pun yang ada G6PD Deficiency. Puas saya menyiasat namun tak ketemu jawapannya... Tapi tak mengapalah.. Takdir Allah mengatasi segalanya, pasti ada hikmah disebalik semua kejadian...
Selama ni saya hanya mendengar je dari kawan2 yang anak mereka ada G6PD.. tak sangka pulak anak saya pun ada...Sejak dari hari itu, saya belajar lebih mendalam tentang G6PD ni..Dan yang paling penting kena jaga pemakanan saya dan anak supaya tidak memudaratkan kesihatan anak saya kerana anak saya fully breastfeeding...Tidak lupa juga dengan pantang larang yang lain seperti ubat gegat (tidak boleh terhidu), ubat nyamuk dan nila. Agak renyah juga nak jaga anak yang ada G6PD Deficiency ni.. Kebersihan sentiasa nak kena jaga supaya dapat mengurangkan risiko diserang penyakit berjangkit.


APA ITU G6PD Deficiency?

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.
Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan tertentu ataupun melalui makanan.

Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.

BAGAIMANA G6PD DIWARISI?

G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan) terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina seseorang individu. Kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalam sperma. Oleh itu, kebanyakan pengidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan kromosom XX kebanyakannya adalah sebagai pembawa yang sihat sahaja. Untuk seorang wanita yang mengidap kekurangan G6PD, kedua-dua kromosom X nya perlu mengalami mutasi dimana keadaan seperti ini amat jarang berlaku.

APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN?

Sebagai ibu bapa kepada anak yg menghidapi masalah kekurangan enzim G6PD ini, anda haruslah peka dan sentiasa memantau setiap ubatan ataupun makanan yg anak anda ambil. Elakkan anak anda daripada mengambil sebarang ubatan atau makanan yg boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah dengan lebih awal. Elakkan dari mengambil atau memberikan anak sebarang jamu, ubatan tradisional atau ubat-ubat senseh.

Dari segi makanan pula, seharusnya dielakkan daripada makanan-makanan seperti kacang parang(fava bean), makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya atau produk soya, semua jenis kacang atau produk kacang dan makanan berperisa menthol. Sebaiknya juga dielakkan daripada mengambil alfalfa kerana alfalfa tinggi kandungan Vitamin K.

Juga jauhkan anak anda dari ubat nyamuk, ubat gegat (paling pantang) dan nila.

TANDA-TANDA APABILA ANAK TERSALAH MAKAN ATAU AMBIL UBAT?

• Boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat.
• Bayi akan mendapat kuning (Jaundice).
• Air kencing berdarah atau berwama teh pekat.
• Letih lesu dan tidak bermaya
• Demam dan pucat.

Apakah ubat-ubatan yang patut dielakkan bagi pesakit kekurangan enzim G6PD?

Anti-malarial : Primaquine dan pamaquine( Chloroquine di bawah pengawasan mungkin digunakan apabila antimalaria diperlukan untuk pencegahan atau rawatan malaria )

Sulfonamides  : Sulfacetamide, Sulfanilamide, Sulfamethoxazole (e.g. Septra, Bactrim),Sulfasalazine.

Anti-bacterials : Nitrofurantoin, Nalidixic Acid, Dapsone, Mafenide Cream (Sulfamylon).

Analgesics : Phenacetin, Acetanilid, Phenazopyridine (Pyridium).

Antihelmintics : ß-Naphthol, Stibophen dan Niridazole.

Miscellaneous
Vitamin K analogues (1mg phytonadione boleh diberikan kepada bayi)
Probenecid
Dimercaprol (BAL)
Flutamide (Eulexin)
Methylene Blue
Tolouidine Blue
Napthalene ( ubat gegat )


Apakah ubat-ubatan yang boleh digunakan oleh pesakit kekurangan enzim G6PD?

1)Kesemua ubat yang “contraindicated” di dalam kes G6PD

2)Mungkin tidak boleh digunakan di dalam kes Kelas 1 G6PD.

Mengikut klasifikasi WHO, G6PD dibahagikan kepada 5 kelas. Kelas 1-3 merupakan keadaan kekurangan enzim.

Kelas 1 : Kekurangan enzim yang teruk (iaitu kurang daripada 10% aktiviti) dengan kronik hemolitik anemia.

Kelas 2 : Kekurangan enzim yang teruk ( iaitu kurang daripada 10% aktiviti) dengan  kadang-kadang berlakunya hemolisis.

Kelas 3: Kekurangan enzim yang sedikit ( dengan 10-60 % aktiviti ), hemolisis hanya berlaku apabila wujudnya keadaan stres iaitu ketika jangkitan, ubat-ubatan tertentu dan pengambilan kacang parang.

Kelas 4: Varian tanpa kekurangan enzim, dengan tiadanya symptom atau tanda.

Kelas 5: Aktiviti enzim meningkat dengan tiadanya symptom atau tanda.

Antara ubat-ubatan yang boleh diambil oleh pesakit kekurangan enzim G6PD:

Analgesics
Acetaminophen ( paracetamol )
Aspirin ( boleh diberikan tapi dalam dos yang sederhana sahaja )
Auralgan
Cardiovascular Agents
Procainamide
Quinidine
Neurologic Agents
Trihexyphenidyl
Levodopa
Phenytoin
Antibiotics
Chloramphenicol
Chloroquine
Isoniazid
Probenecid
Proguanil
Pyrimethamine

Miscellaneous
Vitamin C
Colchicine
Diphenhydramine


Cadangan Set menyusu untuk ibu menyusukan bayi G6PD.

Susu yang sesuai untuk bayi G6PD adalah SUSU IBU. Oleh kerana G6PD Deficiency tidak dibenarkan mengambil makanan berasaskan HERBA DAN SOYA maka Set penyusuan yang sesuai adalah :


SET PENYUSUAN EU FOUR PACK
Vita lea
B complex
Vitamin C
Ostematrix

eu 4 pack dan shaklee


B COMPLEX
- B Complex mengandungi semua jenis vitamin B termasuk yang famous, asid folik.
- Seorang ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisma, menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan stess dan menghasilkan susu.
- Bukan saja ibu hamil, ibu menyusu juga perlukan asid folik.
- Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat.
- Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat.
- Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

VITA C
- Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.
- Menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C
- Keunikan vitamin C Shaklee ialah, ia Sustained Released iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan. Vitamin C tidak dapat bertahan lama dalam badan kita, jadi badan kita perlukan vitamin sebegini untuk memenuhi keperluan harian.

VITA LEA- MULTIVITAMIN
- Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian.
Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian.
- Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.
- Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

OSTEMATRIK
- Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
- Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
- Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah radang dan kemurungan, sakit-sakit badan serta lenguh-lenguh badan.
- Memberi sumber kalsium yang mencukupi kepada ibu-ibu dan juga anak yang disusui..
- Kalsium, magnesium dan vitamin D juga membantu membanyakkan susu secara tidak langsung.


Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu ibi-ibu yang menyusui anak G6PD untuk mendapatkan makanan tambahan yang sesuai untuk mereka. Sila beritahu pengedar Shaklee bahawa anda mempunyai anak G6PD agar tidak berlaku kesilapan dalam memilih makanan tambahan.

Utk info lanjut:-

Amy ID no :- 1073547
FB – www.facebook.com/amyliyamaz
Page FB – please like ~ www.facebook.com/dmagicofvita
Call/sms/whatsapp – 011 11690052 @ 012 9441584

Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-
~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547

WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA

Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee


No comments:

Post a Comment