Maaf..perkongsian malam ni agak sensitif..Tapi Sharing is Caring kan...
Apakah kanser prostat?
Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ini bukannya kanser walaupun gejala mungkin menyerupai dengan kanser prostat.
Kanser prostat ialah perebakan ketumbuhan yang bermula dari dalam kelenjar prostat lelaki . Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal kanser prostat ( juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.
Penyebab utama kanser prostat masih tidak diketahui dan juga tidak di ketahui bagaimana untuk mengelakkan kanser prostat. Faktor berikut boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser prostat:
1. Usia
Risiko kanser prostat meningkat dengan usia. Peningkatan yang cepat berlaku selepas umur 50 tahun. Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki berusia 65 tahun atau warga emas.
2. Sejarah keluarga
Anda berisiko mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.
3. Hormon
Paras testosteron ( hormone seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan pembentukan kanser prostat.
Tanda & Gejala kanser prostat
Gejala kanser prostat:
• Aliran air kencing yang tidak lancar.
• Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
• Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
• Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
• Darah dalam air kencing atau air mani.
Jika anda mengalami gejala kanser prostat ini, Sila berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya
Diagnosa kanser prostat:
1. Prostate-Specific Antigen (PSA) test – adalah bahan ( sejenis protin yang dihasilkan olih tisu prostat) didapati tinggi dalam darah bila aktiviti dalam prostat yang luar biasa termasuk kanser prostat, BPH atau Prostatis ( radang prostat).
2. Digital Rectal Examination ( DRE). Doktor memakai glov (sarong tangan) dan jari dimasukkan kedalam dubur dan rasa permukaan prostat dan didapati tidak sekata. Ujian ini tidak sensitif, oleh itu kebanyakan lelaki pada peringkat awal kanser prostat mempunyai DREs yang normal.
3. Transrectal Ultrasound (TRUS) – Doktor memasukkan alat gelombang bunyi ke dalam dubur dan ambil gambar.
4. Biopsy – hanya satu cara untuk memastikan kanser didiagnosakan iaitu dengan biopsi. Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop.
5. Computed Tomography (CT atau CAT) scan. CT Scan membentuk gambar tiga dimensi di dalam badan dengan menggunakan X’Ray.
6. Magnetic Resonance Imaging (MRI) – MRI mengunakan lapangan magnet, bukan x-ray untuk menghasilkan imej lengkap badan.
Peringkat kanser prostat:
• Peringkat 1 Kanser (<5%) terletak di prostat .
• Peringkat 2 Kanser (>5%) terletak di kelenjar prostat .
• Peringkat 3 Kanser melibatkan sarong prostat dan/atau vesikal seminal (hasilkan kebanyakan dari komponen cecair air mani)
• Peringkat 4 Kanser melibatkan sekeliling organ seperti pundi kencing atau dubur, kelenjar di pelvik atau bahagian lain kebanyakannya tulang.
Sumber - internet..
So..Kaum adam sekiranya ada tanda-tanda penyakit prostat pada anda, cepat-cepatlah buat pemeriksaan doktor..Jangan biarkan ianya melarat..
Rawatan alternatif juga boleh diambil dengan pengambilan supplement.
Antara cadangannya ialah:-
1) Vivix - pelindungan pada tahap selular.
2) ESP - Genistein didalam protein soya menghalang pembesaran prostat & kanser prostat.
3) Zink - mengurangkan saiz kelenjar dan meringankan symptom BPH.
4) Vit C - fungsi antioksida yang kuat dan meneutralkan radikal bebas.
5) GLA - EFA membantu mengelak bengkak dan inflamasi prostat.
6) Vit E - membantu memelihara kesihatan prostat & menghalang kanser prostat terjadi.
7) Omega - membantu merembeskan prostaglandin.
8) Vitalea - vitamin dan mineral yang lengkap dan seimbang.
9) Carotomax - fungsi antioksida yang kuat dan meneutralkan radikal bebas.
Tapi bukan semua supplement tu kena ambil...Itu cuma cadangan yang boleh membantu dalam rawatan kanser prostat..
Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau berminat untuk membeli boleh lah hubungi saya seperti dibawah-
Utk info lanjut:-
Amy id 1073547
FB – www.facebook.com/amyliyamaz
Page FB – please like ~ www.facebook.com/dmagicofvita
Call/sms/whatsapp – 011 11690052 @ 012 9441584
Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-
~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547
WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA
Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee
No comments:
Post a Comment