Thursday, April 10, 2014

Atasi keputihan ibu hamil dengan Garlic

Assalamualaikum...Selamat malam...

Bukan hanya golongan remaja dan wanita yang tidak hamil alami keputihan. Ibu hamil turut juga mngalaminya. Jadi ibu-ibu hamil harus ambil serius jika ada keputihan yang tidak normal terjadi pada anda. Sikap yang menganggap ianya satu penyakit biasa harus dibuang kerana keputihan yang kronik boleh mengakibatkan kejadian yang tidak diingini boleh berlaku kepada anda mahu pun bayi dalam kandungan.



Keputihan bagi ibu hamil

Lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu.

Tetapi jika anda mengalami keputihan abnormal adalah seperti dibawah:

- lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej;
- terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda;
- anda akan rasa sakit apabila bersama suami;
- rasa sakit apabila membuang air kecil.

Bagaimana keputihan boleh berlaku ketika hamil?

Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda.

Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita.

Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika:

- Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.

- Jangan  memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.

- Jangan menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.

- Jangan  mengambil antibiotic, ia  boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisme baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.

- Ibu hamil yang mengalami kencing manis atau diabetes gestasi yang tidak dikawal dengan baik.

Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit yang berjangkit melalui hubungan seksual, anda boleh mengalaminya jika suami anda mengalaminya. 
Jika anda rasa anda mengalami keputihan, beritahulah doktor anda. Jangan menderita dalam diam. Doktor anda mungkin akan memeriksa kawasan di sekitar faraj untuk mengenalpasti masalah sebenarnya. Jika beliau tidak pasti samada itu adalah keputihan, beliau akan mencadangkan ujian makmal dilakukan, di mana sedikit cairan akan diambil daripada faraj dan dihantar ke makmal. 

Doktor anda mungkin akan mempriskripsikan ubat jenis pessari atau krim anti kulat yang sesuai digunakan pada tahap kehamilan anda. Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna. Walau bagaimanapun, jika anda dalam trimester pertama, doktor anda mungkin tidak mahu mempriskripsikan apa-apa setakat itu. 

Jika anda diberikan ubat jenis pessari, anda juga mungkin diberi alat untuk memasukkan ubat itu ke dalam faraj. Jika ini berlaku, berhati-hati supaya tidak memberi tekanan kepada serviks, iaitu bahagian leher uterus (rahim) anda. Anda mungkin lebih suka memasukkannya dengan perlahan-lahan menggunakan jari sendiri. 

Keputihan boleh jadi sukar untuk dihapuskan apabila anda hamil. Rawatan yang berkesan bagi wanita yang tidak hamil mungkin tidak berkesan pada anda. Bincanglah dengan doktor anda sebelum menggunakan apa-apa ubat yang boleh dibeli di pasaran. Ia bukan sahaja mahal, malah tidak semestinya berkesan dan mungkin tidak sesuai digunakan semasa hamil. Jangan ambil ubat yang anda harus telan untuk merawat keputihan. Kita masih belum tahu samada ianya selamat diambil ketika hamil. 

Jika suami anda mempunyai simptom-simptom keputihan, dia juga perlu menerima rawatan. Jika tidak, ada kemungkinan anda akan dijangkiti lagi walaupun setelah anda menerima rawatan. 

Sesetengah cadangan berikut mungkin boleh membantu:
- Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup ke dalam dan di sekeliling faraj.
- Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar atau kain.
- Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat. Jangan gunakan mandian buih yang mempunyai wangian juga.
- Lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar-benar kering selepas anda ke tandas.
- Pastikan faraj anda cukup basah sebelum anda bersama suami.

Bahayakah keputihan ketika hamil?

Kulat dan bakteria merupakan antara mikro organisma yang paling dominan dalam masalah keputihan abnormal ketika hamil.Kandidiasis atau jangkitan kulat kandida  adalah penyebab keputihan terbanyak yang dialami wanita hamil, diikuti oleh jangkitan bakterialvaginosis,trikomoniasis dan gonorrhoea.

Keputihan abnormal yang dialami wanita hamil boleh membahayakan kehamilan ibu dan keselamatan  janin jika tidak diberikan perhatian khusus dalam kesegeraan merawatnya.

Berikut adalah antara beberapa bahaya dan kemudaratan yang boleh berlaku jika seseorang wanita mengalami keputihan yang abnormal sewaktu hamil :

1    Chlamydia
Keputihan yang dibawa oleh Chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran pra matang pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu  juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan serius.

2    Kuman Herpes Simpleks
Keputihan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).

3    Candida Albican
Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.

4    Kuman  HPV
Keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan  gangguan penafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian.

5    Neisserea Gonorrhoea
Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae dapat menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.

Terdapat banyak tulisan dalam artikel dan nasihat yang telah diberikan oleh pakar kepada wanita-wanita yang hamil supaya tidak memandang ringan masalah keputihan .Amatlah bertepatan sekali jika diamati risiko-risiko yang perlu ditanggung seandainya wanita hamil gagal bertindak dengan bijaksana dalam situasi ini.

sumber - internet

Sebagai alternatif lain selain rawatan doktor, saya mengesyorkan Garlic Shaklee untuk membantu mengurangkan keputihan bagi ibu hamil.

Bagaimana Garlic boleh membantu?
Garlic merupakan antibiotik semulajadi yang selamat. Ia selamat digunakan dalam jangka waktu yang panjang. Ia dapat menghalang penyakit berjangkit seperti kulat, virus dan yis candida.Selain dari itu ia dapat membantu meningkatkan sistem imun badan ibu hamil. Garlic juga mampu mengurangkan masalah kegatalan.


keputihan dan shaklee


Hanya garlic yang sesuai diambil ketika hamil untuk mengurangkan keputihan. Walaupun Alfalfa dan GLA termasuk dalam set untuk keputihan tetapi ia tidak boleh diambil oleh ibu hamil kerana boleh memudaratkan kandungan anda.

Sekiranya ada pertanyaan tentang produk atau untuk tempahan produk, sila hubungi saya seperti berikut:-

Utk info lanjut:-

Amy id 1073547
Page FB – please like ~ www.facebook.com/dmagicofvita
Call/sms/whatsapp – 011 11690052 @ 012 9441584

Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-

~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547

WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA

Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee

thanks shaklee

No comments:

Post a Comment