Ramai wanita yang pernah mengalami senggugut ketika hendak datang bulan.. Saya sendiri pun pernah mengalaminya. Waktu tu time masih belum kahwin.. Memang rasa "night mare" bila dah nak sampai time period..2 @ 3 hari sebelum period dah mula sakit sikit2 tapi bila dah turun period tu rasa macam nak roboh je.. sakitnya tak terhingga..tak larat nak bangun..time tu menonggeng je le utk kurangkan rasa sakit...hehehe..
Senggugut kerap dialami oleh golongan wanita yang masih datang haid.
Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.
Dipanggil sebagai “dysmenorrhoea” dalam bahasa inggeris.
Terdapat 2 jenis senggugut:-
1. Senggugut Primer
Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.
2. Senggugut Sekunder
Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.
Sebab-sebab:
1. Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
2. Cyst Ovari dan tumor
3. Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
4. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
5. Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
6. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.
Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut primer. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga mengganggu aktiviti seharian.
Ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang mengalami akil baligh yang lebih awal, dan yang mempunyai haid yang banyak. Senggugut adalah lebih jarang berlaku di kalangan wanita yang pernah atau baru bersalin, dan yang menggunakan pil perancang.
Tanda-tanda senggugut
Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas.
1. Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang (pinggang) dan bahagian peha.
- Senggugut primer. Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin.
- Senggugut sekunder. Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekundar.
- Haid yang tidak tetap
- Haid yang tidak tetap
- Kesakitan antara haid
- Pendarahan yang bertambah banyak
- Lelihan dari faraj
- Kesakitan ketika melakukan seks.
2. Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang.
3. Loya dan muntah, cirit-birit.
Komplikasi bagi senggugut sekunder:-
Physical - Infertiliti (Tidak dapat mengandung)
Mental - stres, tidur terganggu
Rawatan
1. Ubat pengurang radang. (Contoh: Mefanemic acid, Naproxen)
Sebanyak 80% perempuan yang mengalami senggugut boleh dikurangkan atau dihentikan dengan mengunakan ubat ini. Ia hendaklah dimakan sebaik sahaja sakit bermula atau pada permulaan haid.
2. Ubat tahan sakit. (Contoh: Paracetamol)
Digunakan sekiranya ubat pengurang radang tidak sesuai untuk dimakan disebabkan oleh kesan sampingan atau kontraindikasi penggunaan ubat. Ubat ini boleh digunakan bersama dengan ubat pengurang radang sekiranya sejenis ubat tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan.
3. Pil perancang.
Ia biasanya digunakan untuk senggugut primer untuk:
a. Mengurangkan dan memendekkan tempoh haid dengan menghindari ovulasi.
b. Mengurangkan atau menghilangkan sakit senggugut dengan mengurangkan penghasilan prostaglandin di selaput rahim.
c. Kegunaan lainnya sebagai ubat pencegah kehamilan.
4. Penggunaan Haba
Senggugut sering kali dialami untuk seketika sahaja. Kesakitan sementara ini dapat diredakan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah perut, atau dengan mandi air suam.
5. Mesin TENS ("Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation")
Boleh digunakan sekiranya tidak ingin menggunakan ubat. Mesin in menghasilkan pengaliran kuasa elektrik kecil yang menghindari tanda sakit dari saraf sakit dari disampaikan ke otak. Dengan ini sakit mungkin berkurangan.
Apakah rawatan yang boleh digunakan untuk Senggugut Sekunder?
Perubatan yang digunakan adalah bergantung kepada sebab Senggugut Sekunder dialami. Sila berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.
Senggugut dalam Islam
Tempat yang iblis paling suka pada perempuan ialah rahimnya. Kerana Rasulullah S.A.W bersabda dalam hadis yang berbunyi,"Sesungguhnya pendarahan yang berlaku itu adalah kesan daripada cakaran iblis" dalam rahim seseorang.
Kenapa iblis cakar rahim perempuan?
Iblis ganggu rahim perempuan kerana tidak mahu tengok umat Nabi Muhamad ramai atas muka bumi ini. Dengan gangguan itu boleh menyebabkan perempuan sukar untuk hamil.
Bagaimana cara untuk mengatasi dan merawat masalah ini?
Kepada wanita yang mengalami masalah kitaran haid tidak teratur, guna kaedah ini.. Insya Allah :-
1.Ambil madu asli, letak depan sejadah buat solat hajat.
2.Baca dalam madu tersebut Al-Fatihah,Ayat Qursi,Selawat dan Surah An-Nahl ayat 69
3.Baca Ayat 69 sebanyak 21 kali.
4.Tiupkan dalam madu.
5.Ambil satu sudu madu letak dalam air suam dan minum satu kali sehari.
sebaik-baiknya guna air zamzam
sumber - myhealth dan fb
Selain cara rawatan diatas, anda juga boleh mencuba alternatif lain seperti pengambilan supplement Shaklee iaitu Set Senggugut.
Set Senggugut ini terkandung supplement seperti dibawah:-
1) GLA complex
- menstabilkan hormon dimana wanita yang mengalami senggugut tidak dapat menukarkan asid linoleik (sejenis asid penting) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh sebab itu tambahan GLA diperlukan untuk membantu meringankan senggugut.
- mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makan makanan yang manis-manis.
- membantu meningkatkan kesuburan dimana peningkatan lendir kesuburan dalam servik yang berkualiti dapat membantu sperma bergerak ke arah saluran fallopian dan berada disitu selama 5 hari. Jadi jika tidak kena pada masa subur, harapan untuk hamil masih cerah kerana sperma boleh hidup selama 5 -6 hari.
- mengandungi 'prostaglandin' membantu hormon penting untuk sistem kimia badan bagi mengawal stress, tekanan darah tinggi, sakit otot, menghalang rembesan gastrik, anti radang dan anti darah beku.
- yang menariknya sebagai bonus, GLA boleh buat wajah anda berseri-seri (glowing gitu), jerawat dan jeragat pun hilang
2) Ostematrix
- mengurangkan masalah senggugut dimana sebelum haid paras kalsium akan berkurangan menyebabkan emosi tidak stabil dan simptom senggugut terjadi. Kalsium tambahan diperlukan bagi mengawal emosi dan simptom-simptom lain.
- mengurangkan cramp kaki dan sakit belakang.
3) B complex
- B6 - meringankan simptom fizikal dan mental seperti kembung perut, pening dan suka marah-marah.
- B12 - meringankan stress dan elakkan anemia.
- B5 - mengurangkan rasa tekanan dan ianya diperlukan oleh kelenjar advenal.
- B1 - mengurangkan kelesuan,keresahan, tingkatkan kecerdasan mental, tingkatkan stamina, menyihatkan sistem pencernaan dan membaiki metabolisma.
Ok...setelah review semua supplement diatas dapat saya simpulkan bahawa GLA bukan sahaja untuk kurangkan sakit senggugut tetapi juga penting untuk tingkatkan kesuburan. Jadi bagi mereka yang ada masalah kesuburan boleh mengamalkan GLA untuk tingkatkan kesuburan.
Diharapkan segala perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua.
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya seperti dibawah-
Utk info lanjut:-
Amy id 1073547
FB – www.facebook.com/amyliyamaz
Page FB – please like ~ www.facebook.com/dmagicofvita
Call/sms/whatsapp – 011 11690052 @ 012 9441584
Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-
~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547
WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA

Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Hilangkan senggugut dan masalah period tak teratur
ReplyDelete
ReplyDeleteInfo yang menarik. Sekadar berkongsi, kajian telah menunjukkan bahawa kaum wanita yang mengambil Vitamin A, B6, C, D dan E kurang diserang penyakit senggugut. Selain itu, untuk mengelak berlaku senggugut yang teruk, elakkan pengambilan diet tinggi lemak tak tepu, coklat, teh dan kopi ketika datang haid.