Ramai rupanya dikalangan kita yang mengalami buasir tanpa disedari... Dan ramai juga yang buat tidak endah je...
Apa itu buasir?
Buasir atau "hemoriod" adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum/dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitar membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh tekanan dalam darah terlalu tinggi di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah terutama ketika meneran.
Terdapat 2 jenis buasir:-
1) Buasir Dalam
- Lazimnya tidak berasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalam tidak berbahaya tetapi meneran dan gangguan laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkan berdarah. Jika anda terlihat titisan darah ketika membuang air besar, sila dapatkan rawatan segera kerana darah tersebut mungkin datangnya dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
2) Buasir Luar
- Jenis ini sering menyebabkan gejala seperti sakit, pedih dan gatal di bahagian dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah terputus), darah beku akan terjadi didalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Buasir jenis ini mudah berulang.
Sebab utama :-
1) Sentiasa duduk
2) Selalu meneran ( ketika najis keras/sembelit)
3) Duduk mencangkung terlalu lama di tandas.
4) Batuk yang teruk.
5) Bersalin
6) Mengangkat barang yang berat.
7) Pengamal seks melalui dubur (golongan heteroseksual dan homoseksual)
Pencegahan :-
1) Jika perkerjaan anda memerlukan anda untuk sentiasa duduk, bangunlah sekali sekala dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya dalam 5 minit setiap jam. Gerak-gerakkan kerusi anda bagi mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
2) Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan tahan nafas anda.
3) Jika mengalami batuk yang teruk, cirit birit dan sembelit, dapatkan rawatan awal kerana biasanya buasir akan terjadi selepas masalah ini berterusan.
4) Jangan membaca atau mencangkung lama dalam tandas. Jika pergerakkan usus anda mengambil masa lebih dari 3 - 5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Untuk menghindari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Sila pastikan najis anda sentiasa lembut.
Bagaimana hendak pastikan najis sentiasa lembut?
1) Banyakkan minum air putih 1.5 - 2 liter sehari.
2) Makan makanan yang seimbang. Banyakkan makan makanan yang berserat tinggi, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Amalkan memakan buah sebelum makan hidangan nasi.
3) Gunakan tandas pada masa yang tetap seperti bangun dari tidur setelah minum segelas besar air putih.
4) Elakkan dari makan makanan yang boleh menyebabkan gangguan seperti makanan yang terlalu pedas atau berempah, alkohol atau yang boleh merangsang usus seperti kopi atau teh.
5) Jika terdapat gejala seperti darah dalam najis, sakit/gangguan pada dubur, segera dapatkan rawatan.
Jangan risau bagi sesiapa yang masih alami buasir walaupun pelbagai rawatan telah diamalkan. Di Shaklee, kami mempunyai Set Buasir yang boleh membantu melegakan kesakitan anda.
Ayuh... Kita lihat apa yang ada dalam set buasir ini...
SET BUASIR
1) Ostematrix
- membantu mengurangkan sembelit.
- melancarkan pembuangan air besar serta memberikan keselesaan kepada anda apabila anda mengalami luka di bahagian dubur.
2) Omega
- baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir yang mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur keatas bengkakkan tersebut sehingga meyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi Omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak.
3) Zink
- Disarankan kepada pesakit buasir yang kronik dimana najis keluar bersama darah dan buang air besar dengan rasa sangat perit. Zink membantu menyembuhkan luka di bahagian dubur dengan lebih cepat.
Diharapkan dengan adanya Set buasir ini dapatlah membantu meringankan kesakitan yang anda alami.. Insya Allah dengan amalan set buasir ini dengan konsisten dan mengikut jadual pemakanan yang betul dapat mengembalikan kesihatan anda yang baik.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya seperti yang tertera dibawah:-
Utk info lanjut:-
Amy id 1073547
Call/sms/whatsapp – 011
11690052 @ 012 9441584
Sebagai customer anda
layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-
~ Khidmat nasihat percuma
diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan
vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana
pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami
adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547
WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA
Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee
No comments:
Post a Comment