Anggapan diri masih lagi muda dan mustahil akan mendapat penyakit kronik seperti kanser usus harus dibuang kerana ia boleh menyerang sesiapa saja daripada umur 18 tahun dan ke atas.
Bahkan, ada juga di antara kita yang menghidapnya ketika berusia 16 tahun. Pesakit kanser usus juga pada mulanya berasa dirinya sihat, malah gejala kerap sakit perut, tetapi tidak boleh buang air besar juga dianggap satu perkara normal.
Oleh kerana ia dianggap normal, maka akan wujudlah orang yang menjadi doktor kepada diri sendiri dengan mengagak sakit perut itu disebabkan salah makan, alahan, keracunan makanan, gastrik dan banyak lagi.
Pernah atau tidak anda terfikir bahawa sakit perut yang dianggap biasa itu mungkin akan disebabkan penyakit lain yang lebih besar dan serius sehingga boleh mengancam nyawa iaitu kanser usus?
Untuk pengetahuan, kita tidak boleh bersikap sambil lewa apabila berhadapan dengan situasi seperti itu. Sekali dua ia berlaku tidak mengapa, namun jika anda selalu mengalami masalah berkenaan, dapatkan pemeriksaan secepat mungkin untuk memastikan puncanya sebelum ia semakin melarat.
Kanser usus atau turut dikenali sebagai kolorektal merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (1.5 meter) atau rektum (bahagian paling hujung usus berdekatan dengan dubur bersaiz 15 sentimeter).
Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas menyerap air dan mengasingkan nutrien daripada makanan serta menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.
Punca sebenar kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, namun ia amat berkaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang.
Pada wanita, kanser usus kini berada pada tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Bagi kaum Adam pula, inilah kanser paling kerap berlaku dan lebih membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 40 hingga 50 tahun ke atas.
Ia terbahagi kepada empat tahap. Tahap pertama, ketumbuhan yang bermula di bahagian dalam kolon atau rektum. Tahap kedua, ia merebak menembusi dinding usus dan rektum manakala tahap ketiga, kanser akan merebak menghampiri nodus limfa dan tahap keempat, kanser terus merebak ke bahagian lain tubuh seperti hati dan paru-paru.
Di negara kita, sehingga 2002, sebanyak 2,778 kes dicatatkan dengan 59.6 peratus daripada jumlah itu membabitkan pesakit keturunan Cina.
Kita tidak perlu membiarkan diri menderita manakala orang tersayang pula berasa sedih dengan penyakit ini kerana ia boleh dihindarkan jika dikesan pada peringkat awal.
Perunding Pakar Bedah Am Damai Service Hospital (DSH) Dr Tan Liam Chwee berkata, peningkatan jumlah pesakit kanser usus ada kaitan rapat dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup kita hari ini yang banyak mengambil daging, makanan ringan dan kurang serat serta tidak disusuli dengan senaman.
“Walaupun tidak dilarang makan daging, namun biarlah pengambilannya secara sederhana. Kena perhatikan juga cara memasak daging. Kurangkan daging yang dipanggang, goreng dan daging proses seperti sate, burger dan sosej.
“Ini kerana proses pembuatan dan memasak boleh mengubah struktur kimia dalam daging yang menyebabkan ia menjadi karsinogenik iaitu bahan yang menyebabkan kanser. Selain itu, pengambilan alkohol dan tabiat suka merokok juga menyebabkan risiko untuk mendapat kanser usus lebih tinggi.
“Apa juga jenis kanser, ia sukar dikesan pada peringkat awal dan ketika tanda-tanda berkaitan mula dikesan, penyakit mungkin sudah sampai ke tahap yang serius. Tahap serius penyakit pula berbeza bagi setiap pesakit, bergantung pada saiz dan kedudukan sel kanser di dalam usus.
“Dalam sesetengah kes, tanda yang muncul mungkin disebabkan situasi lain yang bukan kanser seperti yang disangka contohnya masalah keradangan usus,” katanya.
Antara tanda penting kanser usus adalah apabila terdapat perubahan jadual (kekerapan dalam sehari atau seminggu) ke tandas, kerap ke tandas, tetapi masih rasa tidak puas, masalah sembelit dan cirit-birit saling berganti serta najis pula bercampur darah atau berwarna kehitaman.
Ujar Dr Tan, usah bandingkan jadual ke tandas anda dengan orang lain kerana setiap orang ada keperluan berbeza. Walaupun kebanyakan orang ada jadual ke tandas setiap hari, ada juga yang hanya buang air besar seminggu sekali dan ia perkara normal bagi individu berkenaan.
Oleh itu, apabila jadual ini mula berubah dan anda kerap mengalami masalah buang air, itu tanda penting yang tidak boleh diabaikan.
Selain itu, kanser usus bermula dengan pembentukan polip (ketulan daging kecil berbentuk seakan tiub diselaputi lendir) pada dinding usus dan polip ini biasanya mengambil masa sehingga 10 tahun atau lebih untuk berubah menjadi kanser.
Dalam tempoh ini (ketika masih dalam bentuk polip), pendarahan tidak berlaku sehinggalah ia membesar menjadi tumor yang boleh menyekat laluan usus seterusnya menyebabkan kanser.
“Kanser usus peringkat pertama tidak mempunyai sebarang tanda dan kebiasaannya, tanda itu hanya akan muncul apabila kanser sudah memasuki ke peringkat kedua. Justeru, jika mengalami sebarang tanda atau gejala kanser usus seperti yang dinyatakan, ambillah tindakan segera.
“Saya suka menyatakan polip bukan kanser, tetapi ia boleh berubah menjadi kanser selepas satu jangka masa tertentu. Biasanya polip mengambil masa selama bertahun-tahun untuk berubah menjadi kanser.
“Inilah sebabnya bagi individu yang ada sejarah kanser usus disarankan menjalani ujian kolonoskopi yang boleh mengesan kehadiran polip dan membuangnya,” jelas Dr Tan.
Nasihatnya, jika anda termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi, lakukan sesuatu untuk mengubah faktor risiko berkenaan. Perkara utama ialah mengubah tabiat pemakanan dengan melebihkan pengambilan serat. Cara paling senang ialah makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
Belum terlewat untuk kita memulakan tabiat pemakanan sihat dan mengurangkan pengambilan makanan banyak lemak. Bagi individu yang mengalami masalah obesiti, mulakan langkah menjaga pemakanan dan bersenam untuk mengurangkan berat badan. Lakukan sesuatu demi menjaga kesihatan diri sendiri.
Tanda kanser usus
1) Kerap buang air, tetapi tetap rasa tidak puas.
2) Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang seli.
3) Najis bercampur dengan darah atau berwarna kehitaman.
4) Perut rasa tidak selesa, memulas dan terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu).
5) Muntah, hilang selera makan, berat badan turun tanpa sebab dan kerap penat.
6) Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh buang air.
Faktor risiko
1) Umur. Golongan berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko dan lebih 90 peratus kes kanser usus di negara kita membabitkan warga emas.
2) Kehadiran polip dalam usus. Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser. Pengesanan awal membolehkan polip ini dibuang dan mencegah pertumbuhan sel kanser.
3) Sejarah keluarga. Individu yang mempunyai ahli keluarga menghidap kanser usus lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding orang lain.
4) Sejarah diri yang pernah menghidap kanser.
5) Pemakanan. Pemakanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat adalah faktor utama yang meningkatkan risiko diserang kanser usus.
6) Merokok dan obesiti.
7) Alkohol.
8) Kurang bersenam.
Cara saringan atau diagnos
1) Barium enema - pemeriksaan saluran pencernaan bawah.
2) X-ray kemudian dilakukan selepas barium enema.
3) Tidak boleh melakukan biopsi.
4) CT kolonografi.
Rawatan
1) Pembedahan - barah di usus dan kelenjar limfa di sekelilingnya akan dibuang.
Usus yang tertinggal akan dicantum semula bagi membolehkan pesakit membuang najis secara normal selepas pembedahan. Jika usus tidak boleh dicantum secara keseluruhan, sebahagian daripadanya mungkin dicantum dengan dinding abdomen pesakit yang membentuk laluan najis.
2) Kolonoskopi - memasukkan alat berkamera melalui dubur untuk melihat secara langsung keadaan atau penyakit yang terdapat pada permukaan dalam saluran usus besar. Polip yang bertukar kepada tumor/kanser dan dikesan pada peringkat awal boleh dibuang dengan cara menyedutnya menerusi teknik ini.
3) Kolostomi - pembedahan pembukaan melalui abdomen untuk menyalurkan najis keluar melalui beg yang dipakai pesakit. Biasanya ia berbentuk sementara atau kekal bagi sesetengah kes.
4) Kimoterapi
5) Radioterapi
Peringkat perkembangan kanser usus dan peratusan peluang bertahan hidup lima tahun
A) Ketumbuhan cuma di dinding usus - 80 hingga 100 peratus.
B) Ketumbuhan menembusi dinding usus - 66 peratus.
C) Merebak sehingga bahagian limfa - 33 peratus.
D) Merebak ke bahagian lain - kurang lima peratus.
sumber - My Metro
Setelah menyelami fakta2 diatas, terasa insaf lah pulak.. Kita sepatutnya menjaga anugerah yang Allah beri dengan sebaik mungkin...
Emmm.. tapi apa boleh buat bila nafsu menguasai diri kan... bila dah hadap makanan dah tak ingat apa pun... seimbang tak kemana...bedal je tak ingat dunia..lupa diri..hehehe... saya le tu..
So from now on... saya mesti cuba sebaik mungkin mengawal nafsu supaya ambil makanan yang lebih seimbang.. You must try too... chaiyuk!!!
Ok.. lah.. kat sini saya nak share supplement apa yang sesuai untuk pesakit kanser atau pun yang pentingkan penjagaan kesihatan dalaman... Kita tak tahu apa yang terjadi kat dalaman kita, so kena sentiasa berjaga2.
1) Vivix - impak 4 mekanisma utama penuaan selular.
2) Nutriferon - tingkatkan sistem imun
3) Carotomax - lindungi sel dari radikal bebas dan halang pertumbuhan sel kanser.
4) Vit C 500mg - tingkatkan sistem imun dan bantu lawan sel kanser yang masih tertinggal dalam badan selepas rawatan.
5) Vit E - lindungi sel dari radikal bebas dan halang pertumbuhan sel kanser.
6) Garlic - kecilkan sel tumor dan fungsi imun
7) B Complex - penting dalam multiplykasi normal sel.
8) ESP - cepatkan pemulihan dan pelahankan pertumbuhan tumor.
9) Meal Shake - imbangan vitamin dan mineral
10) Alfalfa - detoks, anti inflamasi, anti kulat
11) Herblax - detoks, pembersihan usus.
Tapi bukan semua kena ambil ye... ia bergantung kepada tahap penyakit tersebut dan kesesuaian.
Bagi sesiapa yang berminat dan berkenan boleh lah hubungi saya seperti yang tertera dibawah dan saya akan bantu anda sebaik mungkin..
Utk info lanjut:-
Amy id 1073547
Amy id 1073547
Page FB – please like ~ www.facebook.com/dmagicofvita
Call/sms/whatsapp – 011 11690052 @ 012 9441584
Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-
~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547
WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA
Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee
No comments:
Post a Comment