Tuesday, September 30, 2014

Kerja terganggu bila migrain menyerang

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog ni....kesibukkan melanda dan nak jadikan cerita lappy pun buat hal, blank skrin bila 'on' dah lebih sebulan...huhuhu... TP!!! keajiaban berlaku hari Ahad lepas... saya saje je suruh anak 'on'  lappy dan biarkan dia 'on' selama lebih kurang 10minit tiba2....skrin tu keluar gambar lambang ACER... Wah!!!! masa tu saya punya suka hati dan saya usap2 lappy ni dan cakap "please...come on baby! I love U" beberapa kali..... then lepas sejam gitu dia 'on' macam biasa... Ya Allah!!! saya bersyukur sangat2, Allah dengar rintihan saya selama ni... Alhamdulillah... saya dah boleh blogging semula.... hooree!!! jimat duitku...

So skrg dah masa utk saya membebel pasal supplement yg dah lama terkandas ni...hehehe...

Pernahkah anda mengalami mirgain?? Saya memang pengidap migrain yang agak kronik semenjak zaman sekolah lagi. Dulu saya peminat tegar nescafe dan mesti minum hari-hari satu tumbler botol air 500ml campur dengan ais kaw kaw... mmm...memang best.. lepas tu berhenti secara drastik..tu yang migrain semakin menjadi-jadi... Tetapi semenjak saya amalkan supplement B complex dan Ostematrix, saya dah kurang diserang migrain..

Jadi mari kita baca tentang migrain ni dan apa pencetusnya... Dan bagaimana Set Migrain dapat membantu mengurangkan serangan migrain...

Apa itu migrain?

Migrain ialah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut berlarutan antara 4 hingga 72 jam hingga boleh mengganggu rutin harian dan tidak mampu bekerja.

Penyebab migrain:-

Menurut kajian, terdapat pelbagai faktor penyebab migrain -

1) Pengembangan dan pengucupan saluran darah menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.

2) Faktor keturunan - jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.

3) Rabun - power mata naik atau menurun.

4) Stress melampau.

5) Tidak cukup rehat/tidur atau terlebih tidur.

6) Mereka yang mempunyai salur darah yang sensitif pada kesan penyejukkan dan membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotin dengan effektif menyebabkan mereka mudah sakit kepala/migrain.

7) Mereka yang mengalami masalah berat badan dan mengamalkan diet yang tidak betul dimana mereka kerap skipmakan atau makan pada waktu yang tidak tetap. Ini menyebabkan kandungan gula dalam darah menurun dan secara tidak langsung menyebabkan saluran darah mengembang dan tercetusnya migrain.

8) Individu yang kerap minum kafein seperti teh, kopi, nescafe, air bergas dan berhenti secara mendadak boleh menyebabkan migrain dimana kafein menyempitkan saluran darah dan apabila berhenti secara mendadak menyebabkan saluran darah mengembang dengan cepat dan tercetusnya migrain.

9) Paras estrogen yang tidak menentu turun naiknya boleh menyebabkan migrain terjadi. Ini berlaku ketika wanita, sebelum, semasa dan selepas haid kerana paras estrogen pada ketika itu tidak menentu.

10) Wanita yang mengambil pil perancang kerana pil perancang mengandungi estrogen. Wanita yang mengalami menopause dan menjalani rawatan HRT (hormone replacement therapy) dimana kaedah ini mengandungi estrogen dan menyebabkan paras estrogen tidak menentu.

Tanda-tanda migrain :-

1) Sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala atau kedua-dua berserta rasa loya.

2) Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas, ia biasanya berlaku 30 minit sebelum migrain menyerang.

3) Cahaya yang teramat terang, bunyi yang bingit dan bising dan bau-bauan yang menusuk boleh mencetuskan migrain berlaku.

*biasanya pengidap migrain akan tahu signal @ tanda permulaan migrain akan menyerang* jadi apa yg saya buat dulu? saya akan makan pain killer sebelum serangan migrain lebih kronik lagi... itu dulu lah.. sekarang tak lagi...

Migrain biasanya dirawat dengan mengambil ubat tahan sakit atau "pain killer". Namun sekiranya migrain yang teruk, pain killer mungkin tidak berkesan lagi.
Jika anda seorang pengidap migrain elakkan makan cheese, coklat, MGS ketika migrain menyerang kerana ia akan menambahkan kesakitan kerana kandungan tyramine atau phenylethylamia menyebabkan saluran darah mengembang seterusnya menyebabkan migrain lebih kronik.

Hah..nampak tak tulisan bold kat atas tu... saya mmg peminat tegar coklat dan cheese...tp mmg betul kalau siapa2 yang ada migrain dan makan banyak 2 benda ni...confirm2 migrain lagi teruk... saya dah kena...

Tapi sekarang bila migrain dah jarang menyerang, aktiviti saya pulak bertambah... saya sekarang mendalami ilmu buat "Cheese cake"... Fuh!!! boleh dikatakan dalam seminggu 3 @ 4 kali buat cheese cake...layer cheese lah... dah ada customer tetap pun... Alhamdulillah...sambil menyelam minum air...hehehe.. Nnt saya share recipe dalam blog ni ye...

Ok berbalik pada kes migrain... apa yang boleh saya suggest ialah supplement Ostematrix dan B complex..
Insya Allah ia berkesan.. Saya dah tinggalkan panadol, aktif 5, ubat migrain dan lain2 pain killer.. Anda bila lagi??

shaklee


SET MIGRAIN

1) B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu kesihatan fungsi saraf sekaligus mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

2) Ostematrix

Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, mengimbangi  tekanan darah, memperbaiki jantung berdebar, impuls saraf, penenang saraf, meringankan stress, menyelesaikan masalah insomnia - tidur lebih selesa, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah.
Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk membantu penyerapan kalsium oleh badan. Tanpa vitamin D, kalsium tidak boleh diserap oleh tubuh dan akan hanya tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...

Bagi penderita migrain, anda perlu mengetahui sebab musabab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka jagalah cara pengambilan makanan anda, begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. ...

Tapi harus diingatkan juga.. supplement hanya membantu bukan mengubati secara total. Jadi jangan lah pulak dah ambil supplement, makanan yang tak boleh ambil pun pulun semacam je... Pantang tetap pantang ye...kalau nak makan pun jamah2 je ye...

Oklah...itu saje bebelan saya utk kali ini...

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

Utk info lanjut:-

Amy id 1073547
Page FB – please like ~ www.facebook.com/dmagicofvita
Call/sms/whatsapp – 019 7832945 @ 012 9441584

Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-

~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547

          WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA


Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee

thanks




Monday, June 9, 2014

Phytocol St penghadang kolesterol jahat

Assalamualaikum... dah lama tidak memblogging... Busy sikit dengan buat kuih raya dan promosi kuih raya..

Ok..Malam ni saya nak memperkenalkan produk baharu Shaklee iaitu PHYTOCOL ST. Ianya baru sahaja dilancarkan pada 7 Jun yang lalu...

Phytocal adalah produk kesihatan yang membantu dalam menurunkan kolesterol jahat (LDL) di dalam badan secara semulajadi. Ia juga berupaya membantu dalam mencegah penyerapan kolesterol oleh badan dan mengimbangi tindak balas imun. Produk ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kolesterol yang tinggi, penyakit auto-imun seperti bengkak sendi kronik (Rheumatoid Arthritis) dan mereka yang mengalami alahan atau alergi seperti psoriasis.

shaklee


Keistimewaan Phytocol

* Rumusan mantap daripada beberapa jenis fitosterol.
* Membekalkan 2000mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
* Menepati 100% keperluaan harian fitosterol yang disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
* Tiada bahan pengawet, pewarna, perisa dan pemanis.

kolesterol dan shaklee


Apakah itu Phytocol ST?

Phytocal ST adalah formula propietari yang membekalkan 2000mg fitosterol cukup dalam sehari.

Apa itu fitosterol?

Fitosterol atau dalam penulisan ilmiah "Phytosterol" merupakan komponen penting dari sel tumbuhan. Ia juga boleh ditemui dalam kuantiti yang kecil dalam pelbagai tumbuhan, sayuran,buahan dan bijirin. Dianggarkan antara 200-400mg sterol tumbuhan dan lebih kurang stanol tumbuhan kita makan setiap hari.

Apakah fungsi fitosterol dan bagaimana ianya dapat membantu kesihatan kita?

Fungsi fitosterol ialah menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan mencegah penyakit jantung. Ia juga dapat membantu mengawal paras kolesterol dalam tubuh. Fitosterol sangat penting untuk menjaga fungsi normal bagi membran sel badan kita menjalankan tugasnya didalam tubuh kita.

NIH mengesyorkan pengambilan 2000mg fitosterol setiap hari, bersama-sama diet rendah lemak tepu dan rendah kolesterol disamping tinggi serat larut, bersenam dan penurunan berat badan.

Untuk kesan yang terbaik ambil 2 tablets 2 kali sehari dengan makanan seperti yang disarankan. Phytocol ST ini juga boleh diambil bersama produk lain seperti Omega Guard untuk menjaga kesihatan anda. CoQHealth juga boleh diambil bersama-sama Phytocol ini bagi mengoptimumkan manfaat phytocol. Phytocol ini boleh diambil oleh sesiapa sahaja yang inginkan kesihatan yang baik. Kolesterol berlebihan punca banyak penyakit.

Phytocol adalah produk bebas gluten.

credit - ummihusna dan internet

Untuk sebarang pertanyaan produk, sila hubungi saya seperti yang tertera dibawah:-

Utk info lanjut:-

Amy id 1073547
Page FB – please like ~ www.facebook.com/dmagicofvita
Call/sms/whatsapp – 011 11690052 @ 012 9441584

Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-

~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547

          WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA


Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee

thanks shaklee



Saturday, May 31, 2014

Leganya bila buasir tiada lagi.

Assalamualaikum.. Selamat Malam...

Ramai rupanya dikalangan kita yang mengalami buasir tanpa disedari... Dan ramai juga yang buat tidak endah je...

Apa itu buasir?

Buasir atau "hemoriod" adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum/dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitar membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh tekanan dalam darah terlalu tinggi di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah terutama ketika meneran.

buasir dan shaklee


Terdapat 2 jenis buasir:-

1) Buasir Dalam
- Lazimnya tidak berasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalam tidak berbahaya tetapi meneran dan gangguan laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkan berdarah. Jika anda terlihat titisan darah ketika membuang air besar, sila dapatkan rawatan segera kerana darah tersebut mungkin datangnya dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

2) Buasir Luar
- Jenis ini sering menyebabkan gejala seperti sakit, pedih dan gatal di bahagian dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah terputus), darah beku akan terjadi didalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Buasir jenis ini mudah berulang.

Sebab utama :-

1) Sentiasa duduk
2) Selalu meneran ( ketika najis keras/sembelit)
3) Duduk mencangkung terlalu lama di tandas.
4) Batuk yang teruk.
5) Bersalin
6) Mengangkat barang yang berat.
7) Pengamal seks melalui dubur (golongan heteroseksual dan homoseksual)

Pencegahan :-

1) Jika perkerjaan anda memerlukan anda untuk sentiasa duduk, bangunlah sekali sekala dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya dalam 5 minit setiap jam. Gerak-gerakkan kerusi anda bagi mengelakkan tekanan langsung dari rektum.

2) Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan tahan nafas anda.

3) Jika mengalami batuk yang teruk, cirit birit dan sembelit, dapatkan rawatan awal kerana biasanya buasir akan terjadi selepas masalah ini berterusan.

4) Jangan membaca atau mencangkung lama dalam tandas. Jika pergerakkan usus anda mengambil masa lebih dari 3 - 5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Untuk menghindari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Sila pastikan najis anda sentiasa lembut.

buasir dan shaklee


Bagaimana hendak pastikan najis sentiasa lembut?

1) Banyakkan minum air putih 1.5 - 2 liter sehari.
2) Makan makanan yang seimbang. Banyakkan makan makanan yang berserat tinggi, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Amalkan memakan buah sebelum makan hidangan nasi.
3) Gunakan tandas pada masa yang tetap seperti bangun dari tidur setelah minum segelas besar air putih.
4) Elakkan dari makan makanan yang boleh menyebabkan gangguan seperti makanan yang terlalu pedas atau berempah, alkohol atau yang boleh merangsang usus seperti kopi atau teh.
5) Jika terdapat gejala seperti darah dalam najis, sakit/gangguan pada dubur, segera dapatkan rawatan.

Jangan risau bagi sesiapa yang masih alami buasir walaupun pelbagai rawatan telah diamalkan. Di Shaklee, kami mempunyai Set Buasir yang boleh membantu melegakan kesakitan anda.

Ayuh... Kita lihat apa yang ada dalam set buasir ini...

buasir dan shaklee


SET BUASIR

1) Ostematrix
- membantu mengurangkan sembelit.
- melancarkan pembuangan air besar serta memberikan keselesaan kepada anda apabila anda mengalami luka di bahagian dubur.

2) Omega
- baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir yang mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur keatas bengkakkan tersebut sehingga meyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi Omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak.

3) Zink
- Disarankan kepada pesakit buasir yang kronik dimana najis keluar bersama darah dan buang air besar dengan rasa sangat perit. Zink membantu menyembuhkan luka di bahagian dubur dengan lebih cepat.

Diharapkan dengan adanya Set buasir ini dapatlah membantu meringankan kesakitan yang anda alami.. Insya Allah dengan amalan set buasir ini dengan konsisten dan mengikut jadual pemakanan yang betul dapat mengembalikan kesihatan anda yang baik.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya seperti yang tertera dibawah:-

Utk info lanjut:-

Amy id 1073547
Page FB – please like ~ www.facebook.com/dmagicofvita
Call/sms/whatsapp – 011 11690052 @ 012 9441584

Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-

~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547

          WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA


Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee

thanks shaklee



Thursday, May 15, 2014

Hidup lebih sihat tanpa resdung

Assalamualaikum... semoga semuanya sihat dan gembira selalu...

Tapi ada yang tidak sihat dan tidak gembira bila resdung menyerang... Rasa rimas dengan hidung kerap tersumbat...bersin bagai nak tercabut hidung...selsema tak baik2...

Apa itu resdung?

Resdung ialah radang pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh jangkitan pada rongga hidung. Dalam istilah perubatan ia dipanggil 'sinusitis'.

Lazimnya masyarakat menganggap penyakit ini tidak mendatangkan bahaya namun hakikatnya jika dibiarkan kronik, ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan boleh membawa maut.

resdung dan shaklee


Tanda-tanda resdung

1) kerap bersin dengan teruk ketika waktu pagi dan keadaan sejuk, berada di kawasan berhabuk dan debu.
2) batuk berpanjangan dan sakit tekak yang kronik.
3) hidung gatal
4) cepat penat dan kuat berdengkur
5) sakit dibahagian muka
6) pening kepala di waktu pagi.
7) Hidung selalu tersumbat dan sensitif/alahan
8) jangkitan telinga hingga boleh jadi pekak jika resdung kronik dan tonsil terutama kanak-kanak.
9) jangkitan nanah di keliling mata
10) jangkitan pada otak (meningitis)

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti diatas, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan sebelum anda mengambil apa-apa ubat atau supplement sebagai alternatif.

Punca resdung

1) Alahan terhadap sesuatu makanan - seafood, belacan dll, habuk, hama, parasit (demodex)
2) struktur hidung yang tidak normal/senget berisiko tinggi mendapat resdung.
3) sakit gigi dibahagian gigi atas. Kuman dari gigi yang sakit merebak ke rongga sinus dan menyebabkan resdung.
4) aktiviti menyelam di sungai/kolam yang tercemar.

Resdung boleh merebak ke bahagian mata dan akibatnya anda boleh kehilangan penglihatan dan juga boleh mengakibatkan rompong hidung. Ia juga boleh menjangkiti otak sekiranya dibiarkan kronik lagi. Tetapi resdung bukan lah penyakit berjangkit atau diwarisi.

resdung dan shaklee
hidung rompong 

Cara elak resdung

1) Guna penutup hidung ketika mengemas rumah.
2) Elakkan memelihara binatang yang berbulu seperti kucing dll didalam rumah.
3) Elakkan makanan yang boleh menyebabkan terkena serangan resdung.
4) Jangan guna material (utk baju, set cadar dll) yang diperbuat dari bulu binatang.
5) Selalu cuci dan bersihkan muka.
6) Elakkan guna permaidani kerana debu hama dan kuman terperangkap didalamnya, jika guna pastikan kerap dibersihkan dengan menggunakan vacum berkuasa tinggi.

Ok.. Rasanya jelas kita tentang resdung ni. Jangan pandang sebelah mata ye...

Oleh itu saya ingin mengesyorkan alternatif yang boleh membantu anda tangani masalah resdung dengan Set Resdung Shaklee

Apa yang ada dalam set resdung ini??



Set Resdung Shaklee

1) Alfalfa
- ramuannya yang kaya dengan klorofil dapat membantu mengurangkan keradangan daripada alergi, gegata (hives) dan resdung (sinusitis)
- mengurangkan keletihan.
- melawan alahan - memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif.
- buang toksik.

2) B complex
- B6 untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
- anti stress - menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan dibahagian muka apabila resdung menyerang.
- membantu membina protien dalam badan.
- membantu hati menghasilkan glycogen yang diperlukan oleh kulit utk menyingkirkan sel-sel mati.

3) Vit C
- antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan imuniti seseorang terhadap serangan penyakit.
- mempercepatkan proses penyembuhan tisu badan.
- memastikan proses pemuliharaan berfungsi dengan baik dan sempurna.
- mencegah menyempitan tuib bronkiol.
- meningkatkan fungsi T cell dan macro-phage (fungsi sistem pertahanan badan dan sel darah putih)

Insya Allah dengan pengambilan secara konsisten dan mengikut peraturan pengambilan yang betul, serangan resdung anda boleh diatasi.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.

Sekiranya anda ada pertanyaan tentang produk, sila hubungi saya seperti yang tertera dibawah:-

Utk info lanjut:-

Amy id 1073547
Page FB – please like ~ www.facebook.com/dmagicofvita
Call/sms/whatsapp – 011 11690052 @ 012 9441584

Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-

~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547

          WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA


Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee


thanks shaklee

Wednesday, May 14, 2014

Tambah berat bukan bermakna gemuk

Assalamualaikum... pembaca blogku...

Ada setengah orang suka kurus tapi jika terlalu kurus tak cantik kan... Sekeping je nampak...pakai baju cantik, fesyen macam artis pun nampak tak cantik sebab tak ada cutting..  (maaf lah kalau ada yang tak setuju/marah)

Gambar hiasan
cantik ke kalau kurus cam ni!!

Ok.. Bagi mereka yang ingin tambah berat tapi tak juga naik naik berat tu.. Jangan salahkan produk yang anda ambil jika telah mencuba pelbagai produk..Cuma mungkin badan anda tidak sesuai dengan produk tersebut atau cara pengambilan tidak tepat atau ada yang tidak kena dengan sistem dalaman anda..
Meh saya nak share sesuatu..

Antara punca yang menyebabkan sukar untuk tambah berat badan.

1) Punca utama ialah masalah usus @ bahagian villus iaitu lapisan pada dinding usus yang berfungsi untuk menyerap nutrisi. Jika villus tidak sihat iaitu tidak bersih akibat banyak sisa yang tertinggal didalamnya menyebabkan penyerapan nutrisi tidak berlaku secara optimum. Jadi badan kita tidak mendapat nutrisi yang secukupnya walau banyak mana pun kita makan. 
Memburukkan lagi keadaan, ada yang makan lebih lemak dan karbohidrat dengan harapan boleh tambah berat badan tetapi sebaliknya berlaku. Anda terdedah kepada risiko kolesterol tinggi yang boleh menyebabkan sakit jantung pula. Cara ini amat bahaya..

Punca-punca lain
2. Faktor genetik
3. Kadar metabolisma yang tinggi.
4. Gaya hidup yang aktif - sukan lasak
5. Rangka badan kecil dan panjang.


Jadi adakah anda mempunyai masalah usus?

Tanda seseorang mengalami masalah usus ialah kerap sembelit atau susah buang air besar. Jadi utk selesaikan masalah tersebut anda perlu buat pembersihan terlebih dahulu dengan Herba lax. Herba lax adalah sejenis herba semulajadi yang berfungsi -

1) pembersihan najis yang tersekat dan melekat.
2) merangsang usus utk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut & mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) & secara langsungnya membantu masalah sembelit.

Setelah pembersihan usus selesai, barulah segala nutrisi dari makanan yang kita ambil boleh diserap secara maksimum. Set Tambah Berat Badan membantu anda utk berisi dan mengekalkan berat yang ideal.

Seterusnya setelah pembersihan dilakukan baru lah anda boleh menambah berat anda dengan mengambil Set Tambah Berat Badan.

Apa supplement yang ada dalam set ni..

1) ESP
- membekalkan tenaga segera dan berpanjangan.
- meningkatkan sistem imun badan.
- protein didalamnya penting untuk pembentukkan organ dan tisu badan. Ia juga berfungsi untuk memejalkan dan membina otot.

2) Meal shake
- membekalkan nutrisi lengkap dengan 24 vitamin dan mineral untuk k
eperluan tubuh agar sihat.
- meningkatkan sistem imun badan untuk menentang penyakit.
- agen detoks - singkirkan toksik dan membersihkan usus agar nutrisi yang diambil dapat diserap dengan optimum.
- mengandungi B12 yang boleh merangsang selera makan.

Perlu diingatkan pengambilan makanan seimbang dan berkhasiat harus diamalkan utk kesihatan yang lebih sihat disamping pengambilan supplement utk menyokong pertambahan berat badan yang ideal.
Jangan le skip makan pulak dan mengharapkan supplement sahaja yang bekerja sepenuhnya untuk anda ye...
Insya Allah dengan pengambilan Set Tambah Berat Badan yang konsisten dan mengikut cara pemakanan supplement yang betul, anda boleh berjaya menambah berat badan anda.




Pelbagai resepi yang boleh dicipta dengan gabungan kedua-dua produk terbaik ni... rasanya sedap dan membangkitkan selera.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan berkenaan dengan produk, sila hubungi saya seperti yang tertera dibawah:-

Utk info lanjut:-

Amy id 1073547
FB – www.facebook.com/amyliyamaz
Page FB – please like ~ www.facebook.com/dmagicofvita
Call/sms/whatsapp – 011 11690052 @ 012 9441584

Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-

~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547

WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA

Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee

thanks shaklee


Tuesday, April 29, 2014

Senggugut cakaran iblis dalam rahim

Assalamualaikum... Selamat malam...

Ramai wanita yang pernah mengalami senggugut ketika hendak datang bulan.. Saya sendiri pun pernah mengalaminya. Waktu tu time masih belum kahwin.. Memang rasa "night mare" bila dah nak sampai time period..2 @ 3 hari sebelum period dah mula sakit sikit2 tapi bila dah turun period tu rasa macam nak roboh je.. sakitnya tak terhingga..tak larat nak bangun..time tu menonggeng je le utk kurangkan rasa sakit...hehehe..

shaklee


Senggugut kerap dialami oleh golongan wanita yang masih datang haid.
Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.
Dipanggil sebagai “dysmenorrhoea” dalam bahasa inggeris.

Terdapat 2 jenis senggugut:-

1. Senggugut Primer
Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.

2. Senggugut Sekunder
Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.

Sebab-sebab:
1. Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
2. Cyst Ovari dan tumor
3. Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
4. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
5. Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
6. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.

Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut primer. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga mengganggu aktiviti seharian.
Ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang mengalami akil baligh yang lebih awal, dan yang mempunyai haid yang banyak. Senggugut adalah lebih jarang berlaku di kalangan wanita yang pernah atau baru bersalin, dan yang menggunakan pil perancang.

Tanda-tanda senggugut
Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas.

1. Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang (pinggang) dan bahagian peha.
-  Senggugut primer. Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti  dengan      sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin.
-  Senggugut sekunder. Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekundar.
- Haid yang tidak tetap
- Haid yang tidak tetap
- Kesakitan antara haid
- Pendarahan yang bertambah banyak
- Lelihan dari faraj
- Kesakitan ketika melakukan seks.

2. Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang.

3. Loya dan muntah, cirit-birit.

Komplikasi bagi senggugut sekunder:-
Physical - Infertiliti (Tidak dapat mengandung)
Mental - stres, tidur terganggu

Rawatan
1. Ubat pengurang radang. (Contoh: Mefanemic acid, Naproxen)
Sebanyak 80% perempuan yang mengalami senggugut boleh dikurangkan atau dihentikan dengan mengunakan ubat ini. Ia hendaklah dimakan sebaik sahaja sakit bermula atau pada permulaan haid.

2. Ubat tahan sakit. (Contoh: Paracetamol)
Digunakan sekiranya ubat pengurang radang tidak sesuai untuk dimakan disebabkan oleh kesan sampingan atau kontraindikasi penggunaan ubat. Ubat ini boleh digunakan bersama dengan ubat pengurang radang sekiranya sejenis ubat tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan.

3. Pil perancang.
Ia biasanya digunakan untuk senggugut primer untuk:
a. Mengurangkan dan memendekkan tempoh haid dengan menghindari ovulasi.
b. Mengurangkan atau menghilangkan sakit senggugut dengan mengurangkan penghasilan prostaglandin di selaput rahim.
c. Kegunaan lainnya sebagai ubat pencegah kehamilan.

4. Penggunaan Haba
Senggugut sering kali dialami untuk seketika sahaja. Kesakitan sementara ini dapat diredakan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah perut, atau dengan mandi air suam.

5. Mesin TENS ("Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation")
Boleh digunakan sekiranya tidak ingin menggunakan ubat. Mesin in menghasilkan pengaliran kuasa elektrik kecil yang menghindari tanda sakit dari saraf sakit dari disampaikan ke otak. Dengan ini sakit mungkin berkurangan.

Apakah rawatan yang boleh digunakan untuk Senggugut Sekunder?

Perubatan yang digunakan adalah bergantung kepada sebab Senggugut Sekunder dialami. Sila berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.

Senggugut dalam Islam 

Tempat yang iblis paling suka pada perempuan ialah rahimnya. Kerana Rasulullah S.A.W bersabda dalam hadis yang berbunyi,"Sesungguhnya pendarahan yang berlaku itu adalah kesan daripada cakaran iblis" dalam rahim seseorang.

Kenapa iblis cakar rahim perempuan?

Iblis ganggu rahim perempuan kerana tidak mahu tengok umat Nabi Muhamad ramai atas muka bumi ini. Dengan gangguan itu boleh menyebabkan perempuan sukar untuk hamil.

Bagaimana cara untuk mengatasi dan merawat masalah ini?

Kepada wanita yang mengalami masalah kitaran haid tidak teratur, guna kaedah ini.. Insya Allah :-
1.Ambil madu asli, letak depan sejadah buat solat hajat.
2.Baca dalam madu tersebut Al-Fatihah,Ayat Qursi,Selawat dan Surah An-Nahl ayat 69
3.Baca Ayat 69 sebanyak 21 kali.
4.Tiupkan dalam madu.
5.Ambil satu sudu madu letak dalam air suam dan minum satu kali sehari.
sebaik-baiknya guna air zamzam

sumber - myhealth dan fb

Selain cara rawatan diatas, anda juga boleh mencuba alternatif lain seperti pengambilan supplement Shaklee iaitu Set Senggugut.

 Set Senggugut ini terkandung supplement seperti dibawah:-

senggugut dan shaklee


1) GLA complex
- menstabilkan hormon dimana wanita yang mengalami senggugut tidak dapat menukarkan asid linoleik (sejenis asid penting) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh sebab itu tambahan GLA diperlukan untuk membantu meringankan senggugut.
- mengurangkan kesensitifan payudara dan  mengawal keinginan makan makanan yang manis-manis.
- membantu meningkatkan kesuburan dimana peningkatan lendir kesuburan dalam servik yang berkualiti dapat membantu sperma bergerak ke arah saluran fallopian dan berada disitu selama 5 hari. Jadi jika tidak kena pada masa subur, harapan untuk hamil masih cerah kerana sperma boleh hidup selama 5 -6 hari.
- mengandungi 'prostaglandin' membantu hormon penting untuk sistem kimia badan bagi mengawal stress, tekanan darah tinggi, sakit otot, menghalang rembesan gastrik, anti radang dan anti darah beku.
- yang menariknya sebagai bonus, GLA boleh buat wajah anda berseri-seri (glowing gitu), jerawat dan jeragat pun hilang 

sengugut dan shaklee

2) Ostematrix
- mengurangkan masalah senggugut dimana sebelum haid paras kalsium akan berkurangan menyebabkan emosi tidak stabil dan simptom senggugut terjadi. Kalsium tambahan diperlukan bagi mengawal emosi dan simptom-simptom lain.
- mengurangkan cramp kaki dan sakit belakang.

senggugut dan shaklee


3) B complex
- B6 - meringankan simptom fizikal dan mental seperti kembung perut, pening dan suka marah-marah.
- B12 - meringankan stress dan elakkan anemia.
- B5 - mengurangkan rasa tekanan dan ianya diperlukan oleh kelenjar advenal.
- B1 - mengurangkan kelesuan,keresahan, tingkatkan kecerdasan mental, tingkatkan stamina, menyihatkan sistem pencernaan dan membaiki metabolisma.

Ok...setelah review semua supplement diatas dapat saya simpulkan bahawa GLA bukan sahaja untuk kurangkan sakit senggugut tetapi juga penting untuk tingkatkan kesuburan. Jadi bagi mereka yang ada masalah kesuburan boleh mengamalkan GLA untuk tingkatkan kesuburan.

Diharapkan segala perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya seperti dibawah-

Utk info lanjut:-

Amy id 1073547
FB – www.facebook.com/amyliyamaz
Page FB – please like ~ www.facebook.com/dmagicofvita
Call/sms/whatsapp – 011 11690052 @ 012 9441584

Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-

~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547

WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA

Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee

thanks shaklee



Kitaran Haid tidak normal jejaskan kesuburan

Assalamualaikum... para pembaca blog ku...Dah lama rasanya tak patuk2 keyboard ni..hehehe... So hari ni saya nak berkongsi tentang sesuatu yang penting dalam kehidupan wanita.

Anda pernah alami kitaran haid tidak normal??

Rasanya ramai juga yang pernah alaminya kan...

Jangan pandang remeh ye.. wahai wanitaku...
Haid tidak normal boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang ber"nama" wanita, tidak kira anak dara ke, belum berkahwin, yang sudah berkahwin atau yang sudah ada anak berderet...

Kitaran haid yang tidak normal boleh menjejaskan kesuburan wanita dan mengurangkan peratusan peluang mereka yang inginkan anak. Ini adalah kerana haid yang tidak menentu menyebabkan ovulasi tidak berlaku pada setiap kitaran haid. Untuk seseorang wanita yang ingin hamil, harus mempunyai kitaran haid yang normal supaya ovulasi dapat berlaku dan dapat disenyawakan ketika hubungan intim bersama suami.

Sekiranya anda dilanda masalah ini cepat-cepat berjumpa doktor pakar untuk merawat permasalahan anda. Jangan dibiarkan berlarutan.

Mari kita view kitaran haid yang normal dibawah:-

Kitaran haid yang normal - sumber Dr. Zubaidi

Kitaran haid wanita biasanya berlaku antara 28 - 30 hari. Tetapi ada wanita mempunyai kitaran yang pendek dan panjang tetapi masih normal lagi jika kitarannya antara 21 - 35hari.

Dalam kitaran haid 28 hari, fasa yang berlaku ialah:-

Hari 1 - 7
Fasa pengeluaran darah haid. Sebaiknya mulakan menanda pada kalender masing-masing bagi tujuan samada merancang kehamilan atau mengelak kehamilan.

Hari 7 - 14
Fasa follicular dimana tahap hormon estrogen meningkat dalam tubuh wanita, dinding rahim akan menebal untuk persediaan kehamilan. Ovum dalam ovari pula mematangkan diri untuk dikeluarkan ke saluran fallopian bagi tujuan persenyawaan.

Hari 14
Proses ovulasi bermula dimana telur ovum dikeluarkan dari ovari. Dalam pada masa yang sama hormon Luteinizing (LH) akan meningkat dalam darah. Telur ovum yang disenyawakan dengan sperma turun ke rahim melalui saluran fallopian sementara telur yang tidak disenyawakan akan mati.

Hari 15 - 28
Fasa luteal atau fasa secretory. Pada masa ini hormon progestrone dikeluarkan untuk merangsang penebalan dinding rahim. Jika tiada persenyawaan berlaku, tahap hormon ini akan menurun dan menyebabkan dinding rahim akan runtuh dan menjadi haid. Maka bermulalah kitaran haid yang seterusnya.

shaklee

Jadi bagi sesiapa yang masih mempunyai kitaran haid yang tidak normal, boleh mencuba Set Kesuburan Shaklee sebagai jalan alternatif. Antara cadangan supplement seperti berikut:-

1) B Complex
- sangat penting untuk pembentukkan janin bila hamil bagi mengurangkan risiko kecacatan bayi dalam kandungan.
- mengurangkan tekanan emosi.
- untuk sistem reproduktif yang sihat.

2) GLA complex
- tingkatkan kestabilan hormon dan tingkatkan kesuburan.


Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan produk boleh hubungi saya seperti yang tertera dibawah -

Utk info lanjut:-

Amy id 1073547
Page FB – please like ~ www.facebook.com/dmagicofvita
Call/sms/whatsapp – 011 11690052 @ 012 9441584

Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-

~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547

WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA

Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee

thanks shaklee