Sunday, March 30, 2014

Meroyan selepas bersalin? Apa puncanya?

Assalamualaikum...

Meroyan atau kemurungan posnatum adalah masalah biasa yang dialami oleh  sesetengah ibu yang baharu lepas bersalin. Kini kira-kira seorang dari empat ibu menghidap penyakit ini. Ini adalah disebabkan beberapa factor.

Tidak tahu apa sebenarnya punca yang boleh terjadi meroyan ini. Mungkin disebabkan perubahan-perubahan hormon yang  berlaku dalam badan seseorang ibu atau terasa terbeban walaupun perkara tersebut sudah biasa dilalui. Apatah lagi keadaan menjadi lebih sukar lagi apabila situasi dibawah terjadi.
1) Suami kurang memberi sokongan atau tiada keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berhampiran.
2) Masalah kewangan
3) Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
4) Melahirkan bayi yang pramatang atau mengalami kecacatan.
5) Masalah dalam menyusukan bayi.
6) Terbawa-bawa kisah silam yang menyedihkan seperti kematian orang tersayang dll.
7) Perasaan ingin menangis tidak semena-mena yang tidak diketahui puncanya pun boleh berlaku. (saya sendiri pernah mengalaminya, kadang-kala suami balik lambat pun boleh jadi sedih, marah dan menangis. Bila ingat balik macam tak betul je rasanya)

Bagaimana meroyan boleh dirawat?

Penting bagi ibu yang mengalami meroyan ini mendapatkan rawatan segera atau bantuan segera seperti dibawah:-

1) Terapi berbual
Dapatkan rawatan oleh doctor. Biasanya doctor akan merujukkan anda kepada kumpulan sokongan, kaunselor atau ahli psikoterapi.
Di sini peranan suami dan ahli keluarga juga penting bagi ibu-ibu menangani masalah mereka. Suami..cuba fahami isteri dan beri bantuan jika anda lihat isteri kelihatan murung dan mudah marah.

2) Antidepresi
Bertindak dengan mengimbangi kimia-kimia dalam otak dengan menambahkan jumlah hormone seronin bagi meringankan perasaan, menyenangkan tidur dan mengurangkan rasa hendak marah. Antara 5 ke 7 ibu dalam 10 yang mengambil antidepresi mendapati symptom meroyan mereka menjadi reda dalam beberapa minggu selepas memulakan rawatan.
Antidepresi yang paling biasa untuk meroyan ialah:-
- Fluoxetine (Prozac)
- Sertraline (lustral)
- Paroxetine (seroxat)
Biasanya antidepresi tidak membawa sebarang kesan. Tetapi ia bergantung kepada penerimaan badan seseorang. Ia kadangkala memasuki dalam susu ibu walaupun jumlahnya amat sedikit. Sertraline dan Paroxetine lebih kerap diberikan pada ibu yang menyusu bayi. Jika bayi anda meragam atau mengantuk selepas anda mengambil antidepresi, sila rujuk doctor anda.

Ramai ibu menyusu mengambil antidepresi sebab ianya boleh menambah keyakinan diri dan menguatkan ikatan kasih sayang dengan bayi mereka. Perasaan rapat dengan bayi anda akan membantu anda mengatasi masalah meroyan dengan lebih cepat.
Jika anda bercadang untuk mengambil antidepresi, sila dapatkan nasihat doctor untuk anda faham dengan jelas risiko-risiko dan manfaat yang boleh diperolehi.

3) Bantu diri sendiri
- Banyakkan berehat. Ambil masa untuk berehat dan tidur ketika bayi anda tidur disiang hari. Jangan terlalu fikirkan ada banyak kerja rumah yang perlu anda bereskan. Minta pertolongan suami atau keluarga untuk bantu anda bereskan kerja-kerja rumah.

- Makan makanan yang sihat dan seimbang. Memandangkan keperluan anda yang baharu bersalin, jadi nutrisi yang baik adalah amat penting. Ini bagi memastikan anda sihat dan dapat menyusukan bayi anda dengan jayanya. Jangan biarkan perut kosong dalam tempoh masa yang lama. Jika ini berlaku, tahap gula dalam darah anda akan menurun dan anda akan cepat keletihan. Makanan yang berkhasiat dapat membekalkan tenaga dan menjaga sistem imunisasi anda. Jadi anda akan terhindar dari keletihan dan tidak bertenaga. Keletihan yang berpanjangan boleh menyebabkan anda mudah stress dan seterusnya berkemungkinan mengalami meroyan.

- Buat senaman ringan. Senaman boleh bantu anda lebih cergas dari segi mental dan fizikal. Tidak perlu senaman yang berat-berat, cukup sekadar berjalan-jalan dengan bayi anda atau lakukan senaman kaki dan tangan gerakkan setempat/senaman yang lembut.

- Bergaul dengan ibu-ibu lain. Ada kalanya bila sudah mendapat bayi, anda boleh rasa terasing apatah lagi yang tinggal jauh dari keluarga dan kurang pengetahuan tentang penjagaan diri selepas bersalin dan bayi. Jadi ada baiknya anda, masuk dalam mana-mana persatuan ibu bapa dalam internet atau bergaul dengan jiran yang mempunyai anak. Dari situ anda boleh bertanyakan pendapat dan boleh mengetahui tips-tips atau petua tentang cara-cara menangani masalah selepas melahirkan dan cara-cara menjaga bayi dll.

- Bersikap adil terhadap diri sendiri. Anda perlu menjaga diri anda supaya anda dapat menjaga bayi anda. Jangan bebankan diri anda dengan pekara-pekara yang tidak mampu anda buat. Buat perkara yang boleh menyeronokan diri sendiri.

4) Dapatkan sokongan suami, keluarga dan rakan-rakan.
Kadangkala adalah sukar bagi mereka untuk memahami betapa teruknya penderitaan anda. Namun begitu, mereka memainkan peranan yang besar dalam memberikan sokongan kepada anda. Bercerita dengan mereka apa yang sedang anda alami. Ini akan menolong mereka membantu anda.

Jangan segan meminta bantuan seperti membuat kerja-kerja rumah, ini boleh membantu anda mengurangkan depresi anda. Menolong anda menjaga bayi anda supaya anda ada masa untuk uruskan diri sendiri seperti mandi herba, berurut, memakai bengkung dan sebagainya. Ini akan membantu menyegarkan anda.

Bagaimana mengelakkan meroyan berlaku?

Meroyan boleh dielakkan tetapi bergantung kepada tahap bagaimana anda dapat menguruskan stress anda. Bagi saya amat penting bila kita dapat mengawal emosi dan stress. Jangan terlalu ikutkan perasaan, banyakkan bersabar dan yang penting sekali sebagai muslim, kita digalakkan berzikir dan pasanglah cd bacaan ayat-ayat Al Quran ketika dalam tempoh berpantang. Ini amat berkesan untuk menenangkan emosi dan mengurangkan stress. Jika terjadi sesuatu yang tidak anda ingini, cuba bertenang dan terima dengan redha kerana Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia pasti merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk anda kelak.

Amat disarankan juga penjagaan diri yang baik semasa hamil dan cuba kurangan stress dan terimalah semua bantuan yang ditawarkan. Lebih banyak sokongan diperolehi semasa hamil, lebih kuat dan konfiden anda akan rasakan apabila sudah mendapat bayi anda.

Bagaimana B Complex boleh bantu tangani stress/meroyan?

Selain petua-petua atau tips untuk elakkan stress, pengambilan supplement juga dapat membantu meringankan beban stress anda. B complex boleh  bantu anda tangani stress. Kita view sikit manfaat yang terkandung dalam B Complex Shaklee ni.

stress dan shaklee


B Complex mengandungi 8 vitamin B iaitu:-

1) B1 - Thiamine yang dikenali sebagai anti stress.
- bantu mengurangkan kelesuan dan keresahan.
- meningkatkan kecerdasan mental.
- melancarkan perjalanan darah.
- meningkatkan stamina badan.
- menyihatkan sistem pencernaan dan membaiki metabolisma.

2) B2 (Riboflavin)
- mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah.
- membantu mengaktifkan vit B6 dan asid folik.

3) B3 (Niacin)
- bantu mengurangkan kolesterol dalam darah.
- bantu memperbaiki kesihatan kulit, rambut dan sistem pencernaan.
- bantu mengelakkan depresi.

4) B5 (Pantothenic asid)
- bantu mengurangkan stress fizikal dan mental.
- bantu mengurangkan penuaan pramatang.

5) B6 (Pyridoxine)
- penting dalam asid animo.
- mengawal serotonin dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi).
- mengurangkan senggugut.
- bantu tenangkan emosi.
- mengurangkan kekejangan otot.

6) B9 (asid folik)
- menjaga kesihatan janin.
- mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia,stress dan ulser mulut.

7) B12 (Cobalamin)
- meningkatkan selera makan.
- membaiki tanda balas saraf.
- bantu elak anemia dan keletihan.
- baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, data tumpuan dan keupayaan seksual

8) Biotin
- mmembantu B Complex menjadi lebih efektif.
- bantu mengurangkan rabun,rambut beruban,ekzema dan keradangan kulit.

Selain lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B, ia juga dilengkapi dengan sistem penyerapan Bioaktif Berpaten yang eksklusif. Dimana asid folik iaitu sejenis vitamin B yang tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan selaput asid folik yang unik untuk menjadikan ianya lebih mudah diserap oleh badan.

Secara ringkasnya, Vitamin B Complex yang lebih baik mempunyai ciri-ciri berikut:-
1) Sistem penyerapan Bioaktif Berpaten.
2) Mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan termasuk Biotin.
3) Peningkatan penghantaran zat.
4) Tablet mudah ditelan.

Semoga perkongsian saya ini dapat memberikan tips bagaimana untuk elakkan meroyan berlaku.

Utk info lanjut:-

Amy id 1073547
FB – www.facebook.com/amyliyamaz
Page FB – please like ~ www.facebook.com/dmagicofvita
Call/sms/whatsapp – 011 11690052 @ 012 9441584

Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-

~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547

WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA

Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee

thanks shaklee


Tips dan petua berpantang selepas bersalin

Assalamualaikum... para pembaca blog ku... dah lama tak memblogging...ni nak share tips dan petua berpantang yang saya praktikkan sendiri dan juga sharing dari rakan dan internet.

Ramai ibu-ibu sekarang mengabaikan berpantang selepas bersalin. Pada pendapat saya berpantang amat penting bagi menjamin kesihatan yang baik dimasa akan datang. Memang sekarang kita rasa macam terror je kan…mungkin sakit tu bukan datang sekarang. Implikasinya kita akan rasa bila usia semakin menua, mulalah sakit-sakit sendi, sakit-sakit badan, badan banyak angin dll.

Bagi ibu yang baharu pertama kali berpantang, disarankan anda banyakkan membaca tentang ilmu berpantang ni sebelum melahirkan supaya anda bersedia untuk menyambut orang baharu dalam hidup anda. Nanti tidak lah anda rasa stress dan rasa tak tahu nak buat apa. Mana nak uruskan bayi anda lagi, nak uruskan diri lagi. Jadi kenalah bersedia dari segi mental dan fizikal. Minta bantuan dengan orang terdekat seperti suami, keluarga dan rakan-rakan jika anda ada masalah dalam urusan bayi dan diri anda.

Larangan ketika berpantang

1) Jangan terlalu aktif
- Kawal pergerakkan bila hendak bangun dari baringan, berjalan, bila hendak duduk. Buat semua pergerakkan dengan penuh berhati-hati dan perlahan. Jika anda terlalu aktif ada kemungkinan jahitan boleh terbuka semula – pengalaman seperti ni terjadi pada rakan saya – akibat berjalan laju seperti bukan berpantang, menyebabkan dia terpaksa menjalani jahitan semula pada farajnya kerana jahitannya terbuka.

2) Jangan duduk mencangkung
- Boleh menyebabkan rahim terkeluar dan boleh tumpah darah. Sebaiknya guna tandas duduk untuk buang air kecil dan buang air besar. Jika tiada tandas duduk, anda disarankan rapatkan paha ketika hendak buang air. Jika nak buang air besar jangan teran, biarkan najis keluar secara biasa. Jika kerap meneran ketika buang air besar boleh juga mengakibatkan rahim terkeluar. Sekiranya anda mengalami sembelit, ada baiknya merawat sembelit dengan segera. Ini boleh diatasi dengan membeli ubat untuk lawas buang air di farmasi.

3) Jangan tidur diwaktu matahari sedang naik.
- Tidur diwaktu ini boleh menyebabkan badan cepat lesu dan sakit-sakit. Sebaiknya tidurlah selepas waktu zuhur dan sebelum waktu asar. Tidur selepas juga tidak elok kerana boleh dapat sakit kepala dan mudah keletihan. Seeloknya tidurlah diantara waktu zuhur dan asar selama 1 jam. Ini dapat menenangkan dan mengembalikan tenaga yang hilang.

4) Jangan tidur pada waktu senja.
- Tidur diwaktu ini boleh menyebabkan terkena penyakit gila. Dalam ajaran  islam juga melarang keras tidur waktu senja.

5) Jangan menjahit ketika dalam pantang
- Ini boleh menyebabkan rabun sebelum tua dan jika tercucuk jarum dikhuatiri akan bentan kerana tajam jarum berbisa.

6) Jangan keluar rumah pada waktu senja
- Ditakuti boleh terkena gangguan syaitan yang berkeliaran di waktu senja. Syaitan memang suka ganggu ibu dalam pantang.

7) Jaga ibu jari supaya tidak terhantuk
- Jika ibu jari kaki terhantuk boleh menyebabkan pitam @bentan.

8) Larangan makanan
- Jangan makan makanan yang bersifat sejuk seperti kangkung, terung, nenas, buah lai, tembikai boleh menyebabkan ibu kebas-kebas dan bisa-bisa badan.
- Jangan makan makanan yang berbisa seperti ikan keli, boleh menyebabkan turun darah dan bentan.
- Jangan makan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan seperti ikan kembung, cencaru, seafood seperti udang, sotong, ketam, boleh menyebabkan kegatalan pada tempat jahitan dan boleh menyebabkan jangkitan.
- Jangan makan makanan yang bersifat angin seperti ubi kayu, keledek, pulut kerana boleh mengganggu pencernaan,  kembung dan sakit perut.

Sekiranya kita tidak menjaga pemakanan ketika berpantang dikhuatiri anda boleh terkena bentan atau jatuh sakit. Dan jika anda menyusukan bayi, bayi anda juga turut boleh mendapat sakit seperti anda seperti kembung dan sakit perut.


Jalani kehidupan anda sekarang sebagai seorang ibu dengan penuh ceria dan anda boleh implement tips dibawah untuk menjalani tempoh berpantang dengan jayanya.

1) Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat.
- Makan banyak buah-buahan seperti buah oren, mangga
- Makan banyak sayur-sayuran seperti sawi, karot, tomato. Lebih elok jika makan ulam-ulaman seperti pegaga.
- Pastikan minum air putih secukupnya (2 liter sehari) supaya ibu tidak dehydrate dan bantu penghasilan susu badan. Tiada istilah rahim bengkak dalam cara berpantang saya sebab minum air banyak.. sebab jika ibu kurang minum air boleh dapat sembelit..lagi susahkan...

2) Jaga emosi.
- Sangat penting kawal emosi semasa berpantang kerana jika kita gagal kawal emosi seperti cepat marah, risau keterlaluan, sedia yang teramat sangat, dikhuatiri akan menyebabkan meroyan. Memang tidak dinafikan perasaan itu semua wujud dengan tidak tahu apa puncanya dan sebab musababnya. Ia berlaku secara spontan. Ini mungkin juga adalah gangguan syaitan kerana dalam keadaan nifas kita tidak boleh bersolat. Jadi untuk kawal emosi dan hindarkan diri dari gangguan syaitan kita digalakkan banyakkan berzikir, baca surah yang boleh kita baca seperti Al-Fatihah, 4 kul. Selain itu juga amalkan memasang cd al-ruqyah sepanjang malam untuk hindari gangguan ketika tidur.

3) Amalkan petua seperti berikut:-
- Berurut tujuan untuk memulihkan urat-urat yang telah tersimpul, buang angin dan melancarkan pengedaran darah.
- Berpilis tujuan untuk menghindari dari pening kepala dan memberikan rasa tenang.
- Letak  bawang putih di telinga untuk hindari angin masuk kedalam badan.
- Bertungku tujuannya mempercepatkan rahim mengecut dan melancarkan pengeluaran darah nifas
- Mandi herba tujuannya memberikan rasa tenang, kesegaran dan mengurangkan stress.
- Berbengkung tujuannya untuk mengembalikan bentuk badan dan mengecutkan rahim.
- Pakai stokin dan baju sejuk untuk elakkan badan masuk angin dan bisa-bisa badan.

4) Amalkan makan supplement atau jamu.
- Amalan ini boleh membantu anda lebih sihat dan cepat menyembuhkan luka jahitan.
- Jika anak anda mengalami G6PD, adalah tidak digalakkan untuk anda mengambil jamu kerana boleh menyebabkan anak anda terkena jaundis. Oleh itu pengambilan supplement amat digalakkan. Seperti pengalaman saya yang tidak boleh ambil jamu ketika berpantang anak ke 4 kerana anak saya G6PD deficiency. Jadi saya ambil mulitivitamin, vitamin B, habatus sauda  dan air gamat utk penjagaan kesihatan luaran dan dalaman. Alhamdulillah.. sepanjang proses berpantang saya sihat dan boleh menjalankan rutin seperti biasa.

5)    Senaman ringan
-      Senaman dapat membantu anda lebih cergas dan bertenaga. Dan bagus untuk melancarkan pengedaran darah.

Diharapkan perkongsian saya ini memberikan manfaat kepada bakal-bakal ibu mahupun yang sudah bergelar ibu. Sekiranya ada kekurangan dalam penullisan saya ini, anda boleh tinggalkan komen. Apa yang saya tulis ini adalah diambil dari pengalaman sendiri, rakan-rakan dan sumber internet.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya seperti berikut:-

Utk info lanjut:-

Amy id 1073547
FB – www.facebook.com/amyliyamaz
Page FB – please like ~ www.facebook.com/dmagicofvita
Call/sms/whatsapp – 011 11690052 @ 012 9441584

Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-

~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547

WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA

Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee


thanks shaklee


Cegah Asthma dengan Omega Guard

Assalamualaikum...

Risau kan bila anak ada asthma??... begitu juga saya yang mempunyai anak yang ada asthma sejak berusia 2 tahun. memang teramat risau...malam tidak dapat tidur sebab takut serangan berlaku..
Pernah satu hari sampai 2 kali pergi ke klinik ambil nebulizer untuk mencairkan kahak ... kesian sangat lihat anak tidak boleh bernafas dengan selesa..tidur pun terganggu sepanjang malam.. Setelah mendapat nasihat doktor, apa yang perlu saya ambil untuk langkah pencegahan ialah dengan memberi anak saya Omega 3...kerana Omega 3 dapat membantu serangan asthma berlarutan...

Asthma antara penyakit yang sukar diubati tetapi ianya boleh dikawal bagi menyerangkan risiko serangan berpanjangan...

asma

Tanda-tanda serangan asthma:-

1) Batuk berpanjangan terutama pada waktu malam
2) Sukar bernafas/sesak nafas.
3) Cepat letih/lelah ketika berjalan.
4) Tanda-tanda selsema atau alahan (bersin, selsema, sakit tekak, sakit kepala, kesempitan hidung)
5) Tidur terganggu.
6) Nafas berbunyi/bersiul.
7) Sakit dada/terasa sempit.
8) Panik
9) Pucat akibat kurang oksigen.
10) Bernafas laju.

Penyebab Asthma :-

1) Pencemaran udara - habuk, asap kenderaan, debu hama. Jangan bawa anak-anak yang ada ashtma ketempat-tempat yang banyak habuk dan berdebu.

2) Jangkitan pada sistem pernafasan - terutama ketika demam dan selsema dimana kuman-kuman virus akan menyerang pengalas saluran udara dengan merangsang hujungan saraf menyebabkan otot yang menyelaputi saluran udara semakin mengecut.

3) Udara yang sejuk atau perubahan cuaca boleh menyebabkan serangan asma kerana otot di sekitar saluran udara akan mengalami pencerutan sebagai tindakbalas terhadap suhu udara.

4) Emosi dan stress juga mampu mempengaruhi kekerapan dan keterukan asma. Desakan udara yang melalui saluran udara ketika marah dan resah mampu menyebabkan serangan asma.

5) Alahan terhadap sesuatu seperti perisa makanan dan ubat-ubatan. Kanak-kanak yang mengidap ashtma memang tidak digalakkan untuk makan fast food yang banyak MSG kerana ia boleh mencetuskan serangan ashtma.

Sekiranya anak anda mengalami tanda-tanda asthma seperti diatas, segera bawa anak anda ke klinik untuk rawatan lanjut.

Bagaimana Omega 3 Membantu Mencegah & Mengurangkan Serangan Bagi Yg Menghidapi Asthma??


asma dan shaklee


Asthma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.

Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.

Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan.

Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.

Pengurus Besar Total Health Concept, Jagdev Singh berkata, kajian Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) dan Persatuan Thorasik Malaysia mendapati asma adalah penyebab utama kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana sakit.

Statistik menunjukkan lebih dari 53 peratus kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana masalah paru-paru dari September hingga November 2001.

Malah, ibu bapa juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk kos perubatan seperti ubat, lawatan ke doktor dan penginapan di hospital.

“Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.

“Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan,” katanya.
Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.

Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.

“Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA).

“Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya,” jelasnya.

Tambah Jagdev, antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.

Antara ubatan yg biasa dicadangkan oleh doktor utk merawat asma/ asthma adalah steroid. Tapi kita tahu steroid memberi kesan sampingan dlm jangka masa panjang.

For info, kandungan omega 3 mampu bertindak seperti steroid tapi ianya tidak akan memberikn kesan sampingan seperti mana steroid. 
Bonus kepada ibu menyusu kerana kandungan DHA dlm Omega Guard akan disalurkan kepada anak (DHA baik utk otak anak).

Kajian juga menunjukkan mereka yang menghidap penyakit berkaitan inflamasi seperti asma/ asthma mempunyai kandungan Omega-3 yang rendah.

Pengambilan Omega-3 dari minyak ikan terbaik Omega Guard membantu meredakan inflamasi.

omega dan shaklee


Mengapa Omega Guard Shaklee berbanding minyak ikan lain?

1. Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.uarg

2. Ultratulen & Bergred Farmaseutikal

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

3. 50% lebih pekat dari mana2 produk di pasaran

Jangan biarkan serangan asthma berpanjangan tanpa mendapat rawatan yang sewajarnya. Selain ubat-ubatan dari doktor, kita juga boleh mencari alternatif untuk mencegah penyakit dari melarat.


Bagi yang ingin mencari rawatan alternatif yang lebih selamat iaitu dengan pengambilan Omega Guard Shaklee boleh lah hubungi saya seperti dibawah -

Utk info lanjut:-

Amy id 1073547
FB – www.facebook.com/amyliyamaz
Page FB – please like ~ www.facebook.com/dmagicofvita
Call/sms/whatsapp – 011 11690052 @ 012 9441584

Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-
~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547

WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA

Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee

thanks shaklee

Sunday, March 23, 2014

Makan kolagen tapi masih kusam??

Assalamualaikum...

Sana sini orang memperkatakan pasal kolagen... Hari2 ambil kolagen konon nak cantik gebu persis anak dara..TAPI!!!

Makan kolagen tapi masih kusam??

Eh!!..ni pelik ni…Mungkin anda salah cara makan kot? Cuba semak balik cara pengambilan anda.. Mesti ada yang tidak kena..

Hahh..dah tahu ke puncanya?? Meh saya kongsi sebab2 @ kemungkinan yang berlaku…

Cara makan kolagen Shaklee terbaik

1) Makan sebelum tidur dan ketika perut kosong (3-4 jam selepas makan malam) – bila kita makan, perut kita automatic akan menghasilkan asid untuk mencernakan makanan yang kita makan. Jadi jika kita ambil kolagen selepas makan, maka sia-sia aje lah sebab asid tadi akan melarutkan kolagen.. sangat rugi membiarkan kolagen berlalu pergi begitu saje…Kolagen yang berjaya melepasi sistem penghadaman dengan efficientnya,  barulah ia dapat bertindak balas dengan optimum.

2) Digalakkan campurkan dengan air yang berperisa seperti sunquick, Roselle ..wow..best!! kalau anda terror boleh je campurkan dengan air biasa tapi FYI, baunya ada sedikit hanyir.. ye la bau ikan tau tau aje lah…  kalau lagi terror makan je terus serbuk kolagen tu…Ada berani ka???

3) Jangan makan apa-apa selepas ambil kolagen.

4) Jangan tak tau..kolagen ni juga boleh buat masker tau untuk mempercepatkan proses kecantikkan luaran..hah..ingat tak masa seaweed kolagen famous dulu..wah!! bertepek2 kat muka malam2 sampai ke pagi tak cuci2 hehehe…nak cantik le katakan…emm..macam tu lah juga kolagen shaklee ni.. boleh dibuat minum dan boleh buat masker.. Rationya 90% minum, 10% masker..

collagen shaklee


So..dengan pencerahan ini, harap tak de lagi yang dok complaint Kolagen Shaklee ni tak bagus ye..

Sekotak kolagen ni ada 15 sachet untuk kegunaan 2 minggu. Pengambilan berterusan mampu memberi kesan positif pada kulit anda. Kajian secara klinikal telah membuktikan dengan pengambilan berterusan selama 8 minggu mampu menjadikan kulit wajah semakin cantik, cerah, gebu, kacak sebanyak 71%.


cantik collagen


So..jangan ragu-ragu lagi untuk mencuba kolagen Shaklee ni…ia memang The Best in the world. No Doubt!!!

Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang harganya...
Berapa Harga sekotak Kolagen ni?
Harganya RM298..Mahal??  nak tahu kenapa dia mahal?

Sebab sumber kolagen yang digunakan adalah dari kualiti yang terbaik. Sumber dari ikan laut dalam adalah sukar untuk diperolehi dan memakan masa yang agak lama untuk memperolehinya..Jadi harganya setanding dengan kualiti dan keberkesanannya.

~Shaklee sentiasa mementingkan kualiti yang terbaik didalam setiap produk yang dihasilkannya bagi menjamin keberkesanan dan keselamatan kepada penggunanya~

Jadi Selamat Berkolagen dan jangan lupa bermasker juga...

Utk info lanjut:-

Amy id 1073547
FB – www.facebook.com/amyliyamaz
Page FB – please like ~ www.facebook.com/dmagicofvita
Call/sms/whatsapp – 011 11690052 @ 012 9441584

Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-
~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547

WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA


Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee



thanks shaklee

Tuesday, March 11, 2014

Tips mudah hamil diusia lewat

Assalamualaikum...para pembaca blog..

Malam ini saya nak berkongsi tentang kehamilan di lewat usia (35 tahun keatas) dan merupakan kehamilan sulung.... Setiap pasangan berkahwin mesti inginkan sendiri zuriat sendiri...
Bagi mereka yang lewat berkahwin dan berumur 35 tahun keatas, bolehlah cuba tips ini ye...tips ni dari Dr. Zubaidi.

Pada usia yang lewat sebegini, anda dinasihatkan agar dipercepatkan kehamilan kerana semakin lama menunggu semakin sukar untuk hamil dan semakin tinggi risiko yang perlu ditanggung nanti.

Antara tips yang boleh diamalkan ialah -

1) Jika sebelum ini anda tidak menjaga pemakanan yang sihat, jadi sekarang anda perlu ubah cara pengambilan makanan dengan diet yang seimbang dan berkhasiat. Amalkan gaya hidup sihat. Tinggalkan suka makan fast food yang banyak MSG, merokok dan minuman bergas @ alkohol.

2) Kenal pasti waktu subur bagi si isteri sebelum melakukan hubungan intim. Belilah ovulation kits di farmasi untuk senang mengira waktu subur anda.

3) Lakukan hubungan intim pada hari ovulasi isteri dan isteri harus berbaring selama 10 minit selepas itu.

4) Isteri mesti mengambil asid folik dan vitamin untuk persediaan kehamilan.

5) Suami harus elakkan mengambil supplement yang mengandungi steroid anabolik.

6) Suami juga harus kurangkan bersauna untuk memastikan sperma berkualiti tinggi.

Dr. Zubaidi



Bagi yang masih menantikan cahaya mata, masih ada harapan untuk anda selagi anda berusaha untuk mendapatkannya..

Oleh itu persediaan perlu dilakukan sebelum hamil dilewat usia ini kerana terdapat banyak risiko yang perlu dihadapi ketika hamil dilewat usia. Persediaan bukan sahaja dari segi mental dan fizikal tetapi corak atau cara pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang amat penting.

Risiko Hamil dilewat Usia.

1) Masalah kesihatan kronik seperti kencing manis dan darah tinggi - akan menimbulkan komplikasi ketika proses bersalin, jadi bersalin secara pembedahan perlu dijalankan.

2) Risiko kecacatan bayi tinggi seperti sindrom down, sindrom Edward/sindrom Patau - disebabkan kromosom tidak normal pada telur.

3) Keguguran - kromosom tidak normal dan telur yang tidak berkualiti yang gagal bertahan lama lalu gugur pada awal kandungan.

4) Bayi mati dalam kandungan.

5) Masalah-masalah lain seperti emosi, mudah letih, kaki cepat membengkak akibat berjalan/berdiri.

Persediaan untuk hamil dilewat usia - Amat penting pengambilan supplement atau vitamin untuk persediaan dan ketika hamil bagi mengurangkan risiko-risiko seperti diatas berlaku

Jika pelbagai cara telah dilakukan termasuk rawatan di hospital, apa salahnya anda mencuba pula produk supplement dari Shaklee. Saya mencadangkannya seperti berikut:-

kesuburan dan shaklee


Untuk Isteri-
1) B Complex
- sangat penting untuk pembentukkan janin bila hamil bagi mengurangkan risiko kecacatan bayi dalam kandungan.
- mengurangkan tekanan emosi.
- untuk sistem reproduktif yang sihat.

2) GLA complex
- tingkatkan kestabilan hormon dan tingkatkan kesuburan.

Untuk Suami -
1) Vit E complex
- antioksidan yang kuat membersihkan radikal babas yang merosakkan sel dan melindungi sperma.

2) Zink Complex
- untuk pertumbuhan organ reproduktif.
- meningkatkan penghasilan hormon testosterone dan meningkatkan kiraan sperma.

Bagi yang ingin mencuba, sila hubungi saya seperti berikut -

Utk info lanjut:-

Amy id 1073547
FB – www.facebook.com/amyliyamaz
Page FB – please like ~ www.facebook.com/dmagicofvita
Call/sms/whatsapp – 011 11690052 @ 012 9441584

Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-
~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547

WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA

Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee


thanks




Wednesday, March 5, 2014

Toksik punca banyak penyakit kronik??

Assalamualaikum...

Toksik punca banyak penyakit kronik??? Ye ke ni? Nak tahu meh kita baca dulu...

Bagaimana toksik boleh berlaku dalam badan kita?

Toksik berlaku apabila kegagalan organ pencernaan untuk mencerna makanan secara optimum. Walaupun makanan yang dimakan berkhasiat untuk tubuh badan kita tapi bila organ pencernaan gagal mencerna dengan baik, makanan tersebut bertukar menjadi toksik dalam badan.

Terdapat banyak punca2 toksik antaranya ialah

- Merokok 
- Amalan pemakanan yang tidak seimbang.
- Pengambilan ubat-ubatan kimia.
- Sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya.

Macam mana kita nak tahu toksik berlebihan dalam badan?

Tanda-tandanya ialah –

- Cepat penat/tidak bermaya.
- Daya ingatan dan tumpuan semakin lemah.
- Selulit.
- Tanda penuaan awal.
- Lenguh-lenguh badan.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa jika seseorang itu mengalami toksik berlebihan dalam badan, ia bukan hanya melibatkan fungsi anatomi tubuh tetapi emosi juga. Individu akan:-
# cepat marah
# emosional
# sering rasa tidak tenang
# tidak boleh duduk diam/resah, degil, tidak yakin dengan kebersihan dan kelam kabut sekiranya sistem limfa tidak berfungsi dengan baik.

Bagimana untuk mengurangkan dan mengelakkan toksik berlebihan dalam badan?
1) Makan makanan yang kaya dengan fiber
2) Cuci dan jaga hati dengan minum tea hijau.
3) Ambil vitamin C.
4) Minum air yang banyak sekurang-kurangnya 8 gelas putih sehari.
5) Breathe deeply.
6) Mandi air suam 5 minit.
7) Senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30minit.

Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksik dalam darah:

1) Penyakit Kulit
Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit kulit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.

2) Tumor
Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksik yang berkumpul di pelbagai tisu badan.

3) Demam
Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksik di dalam badan,maka kadar metabolisme semakin cepat dan mengakibatkan tubuh menjadi demam.

4) Penyakit Jantung Dan Tekanan Darah Tinggi
Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ini menyebabkan jantung bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping itu, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksik akan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.

5) Alergi, Asma, Pundi Hempudu Dan Karang, Pengerasan Saluran Darah, Sakit Sendi dan Sengal-Sengal Tulang, Sembelit, Perut Kembung, Barah Payudara, Kemerosotan Daya Seksual.

sumber - pelbagai.

Oleh itu, tindakkan awal yang wajar dilakukan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksik terlebih dahulu bukan terus mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja.

Ok..dah panjang lebar hujah pasal toksik ni... Harap anda aware terhadap apa yang berlaku dalam badan anda. Jika ada tanda toksik banyak tu..cepat2 lah detoks kan badan anda sebelum penyakit kronik menyerang... 

Ingat!!! MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI...

Antara supplement Shaklee untuk detoks ni ialah Herblax dan Alfalfa. Sebenar ada banyak lagi tapi yang dua ni yang famous..bergantung juga pada tahap penyakit seseorang..

Siapa2 yang rasa nak mendetokskan diri tu boleh lah hubungi saya seperti berikut -

Utk info lanjut:-

Amy id 1073547
Page FB – please like ~ www.facebook.com/dmagicofvita
Call/sms/whatsapp – 011 11690052 @ 012 9441584

Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-
~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547

WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA

Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee

thanks shaklee




Tuesday, March 4, 2014

Alternatif hebat untuk Penyakit Gout

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Pesakit-pesakit yang menghidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali.



gout dan shaklee

Tanda-tanda:
1) Sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. 

2) Mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. 

3) Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Pesakit-pesakit dengan hiperurisemia boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga. Dalam sebilangan kes, karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal.

Peringkat2 gout:

Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:
1. Asimptomatik - aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala.

2. Akut -  Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu.

3. Interkritikal - Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.

4. Kronik - serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi.
Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.

Pencegahan

Rawatan jangka panjang (untuk serangan-serangan yang kerap) ialah terapi antihiperurisemia. Perubahan diet boleh mengurangkan aras urat plasma jika diet itu tidak banyak mengandungi purina kerana badan akan memetabolismekannya menjadi asid urik. 

Diet yang disyorkan ialah makanan-makanan peneutral purina, seperti 
- buah-buahan segar (khususnya buah ceri, dan strawberi) 
- kebanyakan sayur-sayuran segar, jus saderi tercair, air suling, serta vitamin B-kompleks dan vitamin C. 

Amaran !!! 
Alkohol serta makanan purina tinggi,seperti daging, ikan, kacang (termasuk lentil, dan kacang pea), cendawan, daun bayam, pucuk asparagus, dan kubis bunga, harus dielakkan.

Salah satu ubat semula jadi yang kuat ialah ekstrak buah beri yang terdiri daripada bilberry, beri biru atau ceri. Bahan-bahan antosianida yang memberikan warna biru dan unggu kepada beri-beri tersebut menjadi bahan anti radang selepas memasuki badan. Ini mungkin merupakan pilihan yang lebih baik untuk pesakit-pesakit transplan yang sering menghidap gout, disebabkan pertambahan ketoksikan dan bebanan pada ginjal yang diakibatkan oleh ubat penindas keimunan.

Bagaimanapun, bahan utama untuk pendekatan ini ialah drug alopurinol yang merupakan satu perencat oksidase xantina yang mengurangkan penghasilan asik urik secara langsung. Walaupun demikian, rawatan alopurinol harus tidak dimulakan semasa serangan gout kerana ubat ini boleh memburukkan lagi serangan tersebut. Tetapi seorang pesakit yang telah menerima rawatan alopurinol sebelum serangan harus meneruskannya.

Keputusan untuk menggunakan alopurinol sering merupakan keputusan sepanjang hayat. Penyakit gout diketahui kambuh menjadi gout artritis akut apabila pesakit-pesakit berhenti pengambilan alopurinol kerana perubahan aras urat serum yang pada dirinya kelihatan mengakibatkan pemendakan hablur.
Febuksostat, satu perencat bukan purina yang baru untuk oxidase xantina, kelihatan merupakan alternatif yang lebih baik berbanding dengan alopurinol. Probenesid, satu drug urikosurik yang menggalakkan pengumuhan asid urik ke dalam kencing, juga biasa dipreskripsikan — seringnya bersama-sama dengan kolkisin. Suatu perkara yang menarik adalah bahawa drug fenofibrat yang digunakan untuk merawat hiperlipidemia juga memberi kesan urikosurik yang berfaedah (Bardin 2003). Sebaliknya, alopurinol dan agen-agen urikosurik tidak sesuai untuk pesakit-pesakit karang ginjal dan keadaan-keadaan renal yang lain.
Oleh sebab hipertensi arteri (darah tinggi) sering wujud seiring dengan gout, rawatan dengan losartan (suatu antagonis reseptor angiotensin) mungkin akan memberi kesan tambahan yang berfaedah terhadap aras-aras plasma asid urik. Dengan ini, losartan boleh mengimbangi kesan sampingan tiazida (satu kumpulan diuretik yang digunakan untuk darah tinggi) yang negatif terhadap metabolisme asid urik bagi pesakit-pesakit gout. Telah dicurigai bahawa dalam banyak kes, gout mungkin merupakan suatu penyakit sekunder kepada apnea tidur yang tidak dirawat, ketika sel-sel yang tidak menerima oksigen yang mencukupi menghasilkan purina-purina sebagai keluaran sampingan. Dalam kes tersebut, rawatan untuk apnea boleh mengurangkan kejadian serangan gout akut.

Sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2004 menunjukkan bahawa sumber-sumber purina daripada daging haiwan, seperti daging lembu dan makanan laut, amat meningkat risiko hidapan gout. Bagaimanapun, sumber-sumber purina daripada sayur-sayuran tidak mengakibatkannya. Keluaran-keluaran tenusu lemak rendah seperti susu skim (susu tanpa lemak) juga amat mengurangkan kemungkinan menghidap gout. Kajian ini telah mengikut melebihi 40 ribu orang lelaki selama bertahun-tahun, dengan 1,300 kes gout daripada kumpulan ini dilaporkan. (Choi 2004)

Sumber - wikipedia

Bagi pesakit adalah disarankan agar menjaga pemakanan bagi megelakkan serangan penyakit lebih kritikal..Anda juga boleh mengambil supplement untuk  mengurangkan serangan gout.

Cadangan supplement (Set Gout)adalah seperti berikut:-

1. Alfalfa- untuk menyingkirkan toksin secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

2. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

3. Omega guard- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

gout dan shaklee

"Salah satu ubat semula jadi yang kuat ialah ekstrak buah beri yang terdiri daripada bilberry, beri biru atau ceri. Bahan-bahan antosianida yang memberikan warna biru dan unggu kepada beri-beri tersebut menjadi bahan anti radang selepas memasuki badan. Ini mungkin merupakan pilihan yang lebih baik untuk pesakit-pesakit transplan yang sering menghidap gout, disebabkan pertambahan ketoksikan dan bebanan pada ginjal yang diakibatkan oleh ubat penindas keimunan." - antara petikan di atas - bahan2 antioksida yang disebutkan terdapat dalam VIVIX yang mengandungi Anggur Muscadine, Purple Carrot, Elderberry dan Polygonum Cuspidatum. Dimana gabungan keempat2 bahan tersebut menghasilkan bahan antioksida yang hebat untuk membantu pemulihan tahap selular.

Lain-lain cadangan supplement untuk gout seperti berikut -

1. Vivix - pemulihan pada tahap selular.
2. Herb lax - detoks, membersihkan usus.
3. B complex - asid folik penting dalam metabolism nukleoprotein.
4. Vit C - menurunkan asid serum
5. Garlic - melegakan sakit dan bengkak.
6. Vit E - meneutralkan radikal bebas.
7. Ostematrix - bagus untuk kelegaan sendi yang sakit dan bengkak.

Tidak perlu ambil semua bergantung kepada tahap kesakitan yang dialami.

Jika anda berminat untuk sebarang pertanyaan produk atau untuk membeli, sila hubungi saya seperti di bawah -

Utk info lanjut:-

Amy id 1073547
FB – www.facebook.com/amyliyamaz
Page FB – please like ~ www.facebook.com/dmagicofvita
Call/sms/whatsapp – 011 11690052 @ 012 9441584

Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-
~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547

WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA

Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee


thanks shaklee