Meroyan atau kemurungan posnatum adalah masalah biasa yang dialami oleh sesetengah ibu yang baharu lepas bersalin. Kini kira-kira seorang dari empat ibu menghidap penyakit ini. Ini adalah disebabkan beberapa factor.
Tidak tahu apa sebenarnya punca yang boleh terjadi meroyan ini. Mungkin disebabkan perubahan-perubahan hormon yang berlaku dalam badan seseorang ibu atau terasa terbeban walaupun perkara tersebut sudah biasa dilalui. Apatah lagi keadaan menjadi lebih sukar lagi apabila situasi dibawah terjadi.
1) Suami kurang memberi sokongan atau tiada keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berhampiran.
2) Masalah kewangan
3) Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
4) Melahirkan bayi yang pramatang atau mengalami kecacatan.
5) Masalah dalam menyusukan bayi.
6) Terbawa-bawa kisah silam yang menyedihkan seperti kematian orang tersayang dll.
7) Perasaan ingin menangis tidak semena-mena yang tidak diketahui puncanya pun boleh berlaku. (saya sendiri pernah mengalaminya, kadang-kala suami balik lambat pun boleh jadi sedih, marah dan menangis. Bila ingat balik macam tak betul je rasanya)
Bagaimana meroyan boleh dirawat?
Penting bagi ibu yang mengalami meroyan ini mendapatkan rawatan segera atau bantuan segera seperti dibawah:-
1) Terapi berbual
Dapatkan rawatan oleh doctor. Biasanya doctor akan merujukkan anda kepada kumpulan sokongan, kaunselor atau ahli psikoterapi.
Di sini peranan suami dan ahli keluarga juga penting bagi ibu-ibu menangani masalah mereka. Suami..cuba fahami isteri dan beri bantuan jika anda lihat isteri kelihatan murung dan mudah marah.
2) Antidepresi
Bertindak dengan mengimbangi kimia-kimia dalam otak dengan menambahkan jumlah hormone seronin bagi meringankan perasaan, menyenangkan tidur dan mengurangkan rasa hendak marah. Antara 5 ke 7 ibu dalam 10 yang mengambil antidepresi mendapati symptom meroyan mereka menjadi reda dalam beberapa minggu selepas memulakan rawatan.
Antidepresi yang paling biasa untuk meroyan ialah:-
- Fluoxetine (Prozac)
- Sertraline (lustral)
- Paroxetine (seroxat)
Biasanya antidepresi tidak membawa sebarang kesan. Tetapi ia bergantung kepada penerimaan badan seseorang. Ia kadangkala memasuki dalam susu ibu walaupun jumlahnya amat sedikit. Sertraline dan Paroxetine lebih kerap diberikan pada ibu yang menyusu bayi. Jika bayi anda meragam atau mengantuk selepas anda mengambil antidepresi, sila rujuk doctor anda.
Ramai ibu menyusu mengambil antidepresi sebab ianya boleh menambah keyakinan diri dan menguatkan ikatan kasih sayang dengan bayi mereka. Perasaan rapat dengan bayi anda akan membantu anda mengatasi masalah meroyan dengan lebih cepat.
Jika anda bercadang untuk mengambil antidepresi, sila dapatkan nasihat doctor untuk anda faham dengan jelas risiko-risiko dan manfaat yang boleh diperolehi.
3) Bantu diri sendiri
- Banyakkan berehat. Ambil masa untuk berehat dan tidur ketika bayi anda tidur disiang hari. Jangan terlalu fikirkan ada banyak kerja rumah yang perlu anda bereskan. Minta pertolongan suami atau keluarga untuk bantu anda bereskan kerja-kerja rumah.
- Makan makanan yang sihat dan seimbang. Memandangkan keperluan anda yang baharu bersalin, jadi nutrisi yang baik adalah amat penting. Ini bagi memastikan anda sihat dan dapat menyusukan bayi anda dengan jayanya. Jangan biarkan perut kosong dalam tempoh masa yang lama. Jika ini berlaku, tahap gula dalam darah anda akan menurun dan anda akan cepat keletihan. Makanan yang berkhasiat dapat membekalkan tenaga dan menjaga sistem imunisasi anda. Jadi anda akan terhindar dari keletihan dan tidak bertenaga. Keletihan yang berpanjangan boleh menyebabkan anda mudah stress dan seterusnya berkemungkinan mengalami meroyan.
- Buat senaman ringan. Senaman boleh bantu anda lebih cergas dari segi mental dan fizikal. Tidak perlu senaman yang berat-berat, cukup sekadar berjalan-jalan dengan bayi anda atau lakukan senaman kaki dan tangan gerakkan setempat/senaman yang lembut.
- Bergaul dengan ibu-ibu lain. Ada kalanya bila sudah mendapat bayi, anda boleh rasa terasing apatah lagi yang tinggal jauh dari keluarga dan kurang pengetahuan tentang penjagaan diri selepas bersalin dan bayi. Jadi ada baiknya anda, masuk dalam mana-mana persatuan ibu bapa dalam internet atau bergaul dengan jiran yang mempunyai anak. Dari situ anda boleh bertanyakan pendapat dan boleh mengetahui tips-tips atau petua tentang cara-cara menangani masalah selepas melahirkan dan cara-cara menjaga bayi dll.
- Bersikap adil terhadap diri sendiri. Anda perlu menjaga diri anda supaya anda dapat menjaga bayi anda. Jangan bebankan diri anda dengan pekara-pekara yang tidak mampu anda buat. Buat perkara yang boleh menyeronokan diri sendiri.
4) Dapatkan sokongan suami, keluarga dan rakan-rakan.
Kadangkala adalah sukar bagi mereka untuk memahami betapa teruknya penderitaan anda. Namun begitu, mereka memainkan peranan yang besar dalam memberikan sokongan kepada anda. Bercerita dengan mereka apa yang sedang anda alami. Ini akan menolong mereka membantu anda.
Jangan segan meminta bantuan seperti membuat kerja-kerja rumah, ini boleh membantu anda mengurangkan depresi anda. Menolong anda menjaga bayi anda supaya anda ada masa untuk uruskan diri sendiri seperti mandi herba, berurut, memakai bengkung dan sebagainya. Ini akan membantu menyegarkan anda.
Bagaimana mengelakkan meroyan berlaku?
Meroyan boleh dielakkan tetapi bergantung kepada tahap bagaimana anda dapat menguruskan stress anda. Bagi saya amat penting bila kita dapat mengawal emosi dan stress. Jangan terlalu ikutkan perasaan, banyakkan bersabar dan yang penting sekali sebagai muslim, kita digalakkan berzikir dan pasanglah cd bacaan ayat-ayat Al Quran ketika dalam tempoh berpantang. Ini amat berkesan untuk menenangkan emosi dan mengurangkan stress. Jika terjadi sesuatu yang tidak anda ingini, cuba bertenang dan terima dengan redha kerana Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia pasti merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk anda kelak.
Amat disarankan juga penjagaan diri yang baik semasa hamil dan cuba kurangan stress dan terimalah semua bantuan yang ditawarkan. Lebih banyak sokongan diperolehi semasa hamil, lebih kuat dan konfiden anda akan rasakan apabila sudah mendapat bayi anda.
Bagaimana B Complex boleh bantu tangani stress/meroyan?
Selain petua-petua atau tips untuk elakkan stress, pengambilan supplement juga dapat membantu meringankan beban stress anda. B complex boleh bantu anda tangani stress. Kita view sikit manfaat yang terkandung dalam B Complex Shaklee ni.
B Complex mengandungi 8 vitamin B iaitu:-
1) B1 - Thiamine yang dikenali sebagai anti stress.
- bantu mengurangkan kelesuan dan keresahan.
- meningkatkan kecerdasan mental.
- melancarkan perjalanan darah.
- meningkatkan stamina badan.
- menyihatkan sistem pencernaan dan membaiki metabolisma.
2) B2 (Riboflavin)
- mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah.
- membantu mengaktifkan vit B6 dan asid folik.
3) B3 (Niacin)
- bantu mengurangkan kolesterol dalam darah.
- bantu memperbaiki kesihatan kulit, rambut dan sistem pencernaan.
- bantu mengelakkan depresi.
4) B5 (Pantothenic asid)
- bantu mengurangkan stress fizikal dan mental.
- bantu mengurangkan penuaan pramatang.
5) B6 (Pyridoxine)
- penting dalam asid animo.
- mengawal serotonin dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi).
- mengurangkan senggugut.
- bantu tenangkan emosi.
- mengurangkan kekejangan otot.
6) B9 (asid folik)
- menjaga kesihatan janin.
- mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia,stress dan ulser mulut.
7) B12 (Cobalamin)
- meningkatkan selera makan.
- membaiki tanda balas saraf.
- bantu elak anemia dan keletihan.
- baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, data tumpuan dan keupayaan seksual
8) Biotin
- mmembantu B Complex menjadi lebih efektif.
- bantu mengurangkan rabun,rambut beruban,ekzema dan keradangan kulit.
Selain lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B, ia juga dilengkapi dengan sistem penyerapan Bioaktif Berpaten yang eksklusif. Dimana asid folik iaitu sejenis vitamin B yang tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan selaput asid folik yang unik untuk menjadikan ianya lebih mudah diserap oleh badan.
Secara ringkasnya, Vitamin B Complex yang lebih baik mempunyai ciri-ciri berikut:-
1) Sistem penyerapan Bioaktif Berpaten.
2) Mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan termasuk Biotin.
3) Peningkatan penghantaran zat.
4) Tablet mudah ditelan.
Semoga perkongsian saya ini dapat memberikan tips bagaimana untuk elakkan meroyan berlaku.
Utk info lanjut:-
Amy id 1073547
FB – www.facebook.com/amyliyamaz
Page FB – please like ~ www.facebook.com/dmagicofvita
Call/sms/whatsapp – 011 11690052 @ 012 9441584
Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-
~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547
WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA
No comments:
Post a Comment