Ramai ibu-ibu sekarang mengabaikan berpantang selepas bersalin. Pada pendapat saya berpantang amat penting bagi menjamin kesihatan yang baik dimasa akan datang. Memang sekarang kita rasa macam terror je kan…mungkin sakit tu bukan datang sekarang. Implikasinya kita akan rasa bila usia semakin menua, mulalah sakit-sakit sendi, sakit-sakit badan, badan banyak angin dll.
Bagi ibu yang baharu pertama kali berpantang, disarankan anda banyakkan membaca tentang ilmu berpantang ni sebelum melahirkan supaya anda bersedia untuk menyambut orang baharu dalam hidup anda. Nanti tidak lah anda rasa stress dan rasa tak tahu nak buat apa. Mana nak uruskan bayi anda lagi, nak uruskan diri lagi. Jadi kenalah bersedia dari segi mental dan fizikal. Minta bantuan dengan orang terdekat seperti suami, keluarga dan rakan-rakan jika anda ada masalah dalam urusan bayi dan diri anda.
Larangan ketika berpantang
1) Jangan terlalu aktif
- Kawal pergerakkan bila hendak bangun dari baringan, berjalan, bila hendak duduk. Buat semua pergerakkan dengan penuh berhati-hati dan perlahan. Jika anda terlalu aktif ada kemungkinan jahitan boleh terbuka semula – pengalaman seperti ni terjadi pada rakan saya – akibat berjalan laju seperti bukan berpantang, menyebabkan dia terpaksa menjalani jahitan semula pada farajnya kerana jahitannya terbuka.
2) Jangan duduk mencangkung
- Boleh menyebabkan rahim terkeluar dan boleh tumpah darah. Sebaiknya guna tandas duduk untuk buang air kecil dan buang air besar. Jika tiada tandas duduk, anda disarankan rapatkan paha ketika hendak buang air. Jika nak buang air besar jangan teran, biarkan najis keluar secara biasa. Jika kerap meneran ketika buang air besar boleh juga mengakibatkan rahim terkeluar. Sekiranya anda mengalami sembelit, ada baiknya merawat sembelit dengan segera. Ini boleh diatasi dengan membeli ubat untuk lawas buang air di farmasi.
3) Jangan tidur diwaktu matahari sedang naik.
- Tidur diwaktu ini boleh menyebabkan badan cepat lesu dan sakit-sakit. Sebaiknya tidurlah selepas waktu zuhur dan sebelum waktu asar. Tidur selepas juga tidak elok kerana boleh dapat sakit kepala dan mudah keletihan. Seeloknya tidurlah diantara waktu zuhur dan asar selama 1 jam. Ini dapat menenangkan dan mengembalikan tenaga yang hilang.
4) Jangan tidur pada waktu senja.
- Tidur diwaktu ini boleh menyebabkan terkena penyakit gila. Dalam ajaran islam juga melarang keras tidur waktu senja.
5) Jangan menjahit ketika dalam pantang
- Ini boleh menyebabkan rabun sebelum tua dan jika tercucuk jarum dikhuatiri akan bentan kerana tajam jarum berbisa.
6) Jangan keluar rumah pada waktu senja
- Ditakuti boleh terkena gangguan syaitan yang berkeliaran di waktu senja. Syaitan memang suka ganggu ibu dalam pantang.
7) Jaga ibu jari supaya tidak terhantuk
- Jika ibu jari kaki terhantuk boleh menyebabkan pitam @bentan.
8) Larangan makanan
- Jangan makan makanan yang bersifat sejuk seperti kangkung, terung, nenas, buah lai, tembikai boleh menyebabkan ibu kebas-kebas dan bisa-bisa badan.
- Jangan makan makanan yang berbisa seperti ikan keli, boleh menyebabkan turun darah dan bentan.
- Jangan makan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan seperti ikan kembung, cencaru, seafood seperti udang, sotong, ketam, boleh menyebabkan kegatalan pada tempat jahitan dan boleh menyebabkan jangkitan.
- Jangan makan makanan yang bersifat angin seperti ubi kayu, keledek, pulut kerana boleh mengganggu pencernaan, kembung dan sakit perut.
Sekiranya kita tidak menjaga pemakanan ketika berpantang dikhuatiri anda boleh terkena bentan atau jatuh sakit. Dan jika anda menyusukan bayi, bayi anda juga turut boleh mendapat sakit seperti anda seperti kembung dan sakit perut.
Jalani kehidupan anda sekarang sebagai seorang ibu dengan penuh ceria dan anda boleh implement tips dibawah untuk menjalani tempoh berpantang dengan jayanya.
1) Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat.
- Makan banyak buah-buahan seperti buah oren, mangga
- Makan banyak sayur-sayuran seperti sawi, karot, tomato. Lebih elok jika makan ulam-ulaman seperti pegaga.
- Pastikan minum air putih secukupnya (2 liter sehari) supaya ibu tidak dehydrate dan bantu penghasilan susu badan. Tiada istilah rahim bengkak dalam cara berpantang saya sebab minum air banyak.. sebab jika ibu kurang minum air boleh dapat sembelit..lagi susahkan...
2) Jaga emosi.
- Sangat penting kawal emosi semasa berpantang kerana jika kita gagal kawal emosi seperti cepat marah, risau keterlaluan, sedia yang teramat sangat, dikhuatiri akan menyebabkan meroyan. Memang tidak dinafikan perasaan itu semua wujud dengan tidak tahu apa puncanya dan sebab musababnya. Ia berlaku secara spontan. Ini mungkin juga adalah gangguan syaitan kerana dalam keadaan nifas kita tidak boleh bersolat. Jadi untuk kawal emosi dan hindarkan diri dari gangguan syaitan kita digalakkan banyakkan berzikir, baca surah yang boleh kita baca seperti Al-Fatihah, 4 kul. Selain itu juga amalkan memasang cd al-ruqyah sepanjang malam untuk hindari gangguan ketika tidur.
3) Amalkan petua seperti berikut:-
- Berurut tujuan untuk memulihkan urat-urat yang telah tersimpul, buang angin dan melancarkan pengedaran darah.
- Berpilis tujuan untuk menghindari dari pening kepala dan memberikan rasa tenang.
- Letak bawang putih di telinga untuk hindari angin masuk kedalam badan.
- Bertungku tujuannya mempercepatkan rahim mengecut dan melancarkan pengeluaran darah nifas
- Mandi herba tujuannya memberikan rasa tenang, kesegaran dan mengurangkan stress.
- Berbengkung tujuannya untuk mengembalikan bentuk badan dan mengecutkan rahim.
- Pakai stokin dan baju sejuk untuk elakkan badan masuk angin dan bisa-bisa badan.
4) Amalkan makan supplement atau jamu.
- Amalan ini boleh membantu anda lebih sihat dan cepat menyembuhkan luka jahitan.
- Jika anak anda mengalami G6PD, adalah tidak digalakkan untuk anda mengambil jamu kerana boleh menyebabkan anak anda terkena jaundis. Oleh itu pengambilan supplement amat digalakkan. Seperti pengalaman saya yang tidak boleh ambil jamu ketika berpantang anak ke 4 kerana anak saya G6PD deficiency. Jadi saya ambil mulitivitamin, vitamin B, habatus sauda dan air gamat utk penjagaan kesihatan luaran dan dalaman. Alhamdulillah.. sepanjang proses berpantang saya sihat dan boleh menjalankan rutin seperti biasa.
5) Senaman ringan
- Senaman dapat membantu anda lebih cergas dan bertenaga. Dan bagus untuk melancarkan pengedaran darah.
Diharapkan perkongsian saya ini memberikan manfaat kepada bakal-bakal ibu mahupun yang sudah bergelar ibu. Sekiranya ada kekurangan dalam penullisan saya ini, anda boleh tinggalkan komen. Apa yang saya tulis ini adalah diambil dari pengalaman sendiri, rakan-rakan dan sumber internet.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya seperti berikut:-
Utk info lanjut:-
Amy id 1073547
FB – www.facebook.com/amyliyamaz
Page FB – please like ~ www.facebook.com/dmagicofvita
Call/sms/whatsapp – 011 11690052 @ 012 9441584
Sebagai customer anda layak menerima keistimewaan seperti dibawah:-
~ Khidmat nasihat percuma diberkan secara berterusan selepas pembelian.
~ Jadual pengambilan vitamin.
~ Bagi yang ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar sebagai ahli bersama group kami adalah dialu-alukan. Hubungi saya segera. ID no :- 1073547
WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA
Jom ubah!!! Cantik, sihat bersama Shaklee
No comments:
Post a Comment